in

Cara Mencuci Kerang Agar Bersih (Buang Lumpur Dari Perut Kerang)

Cara mencuci kerang

Kerang adalah antara makanan laut yang sangat digemari ramai dan ia boleh dimakan dalam berbagai jenis masakan dan makanan. Namun, cara mencuci kerang agar bersih atau cara menyiang makanan ini agak sukar dilakukan jika kita tidak tahu menghilangkan lumpur, tanah atau pasir yang berada di dalam kerang malahan isi kerang juga akan berbau hanyir.

Bagi anda yang sedang mencari petua atau cara mencuci kerang supaya bersih dan putih, tips masak kerang supaya tidak berbau hanyir, kami kongsikan caranya yang diambil dari perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Puan Samsiah Mohamad yang menunjukkan cara yang beliau buat langkah demi langkah.

Cara Mencuci Kerang Supaya Bersih

petua basuh kerang

Anda perlu belajar bagaimana petua buang lumpur dari perut kerang ini dan cara mencuci kerang supaya bersih daripada segala kotoran yang tersimpan dalam perutnya sebelum dimasak atau dimakan. Cuba bayangkan setelah ia dimasak dan perutnya terkeluar pasir atau tanah, pasti akan merosakkan makanan tersebut dan tak sanggup lagi nak makan.

Cara menyiang kerang juga agak susah jika dikopek atau mengupas satu-persatu, selain memakan masa yang agak lama untuk disiapkan. Walau bagaimanapun, petua membersihkan kerang yang kami kongsikan ini akan menjimatkan masa anda, cepat dan selamat. Ia terbukti berkesan dan ramai yang telah mencuba dengan petua ini.

cara hilangkan hanyir kerang
Kerang direndam bersama garam dan cili kering. – Foto Shamsiah Mohamad

Berikutnya adalah petua untuk membersihkan lumpur, tanah atau pasir yang terdapat dalam perut kerang. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan supaya ianya menjadi dan tidak membuang masa anda. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti di bawah :

  • Segenggam garam
  • Beberapa tangkai cili kering

Cara untuk membuat :

  1. Rendamkan kerang bersama garan dan juga cili kering selama 30 minit. Insya Allah, semua kerang tersebut akan berlumba-lumba untuk memuntahkan segala lumpur dan tanah dalam perutnya.
  2. Pastikan kerang yang anda beli itu fresh atau pun segar dan masih hidup.
  3. Hasilnya nanti, isi kerang akan jadi bersih dan kita tak akan termakan lumpur.

cara cepat bersihkan kerang

Anda akan dapat melihat air rendaman kerang tersebut daripada jernih akan menjadi keruh kerana lumpur-lumpur yang terdapat dalam perut kerang telah dikeluarkan dengan sendirinya. Cara mencuci kerang ini juga boleh digunakan untuk siput sedut, kupang dan lain-lain.

Cara Bersihkan Kerang Hingga Putih dan Bersih

Video di bawah menunjukkan cara mencuci kerang dengan menggunakan ais dan hasilnya kerang jadi putih dan bersih. Namun, isi perut kerang belum tentu bersih atau tidak mempunyai pasir atau tanah di dalamnya.

Petua Bersihkan Siput Sedut

Cara mencuci siput sedut pula boleh juga digunakan dengan cara ini dengan meletakkan kelapa parut segenggam dan kemudian tutupkan bekas yang mengisi siput sedut tersebut. Siput itu akan memakan kelapa parut dan dalam masa yang sama akan mencuci dan membersihkannya.

Cara Kopek Kerang Dengan Mudah

Cara mudah kopek kerang adalah dengan petua yang kami kongsikan berikutnya. Apabila kita nak makan kerang, perkara pertama yang kita fikirkan bagaimana cara mengupas kerang dengan cepat dan berkesan. Sebenarnya, taklah susah mana pun, cuma kerajinan sangat diperlukan.

tips dan petua

Tips atau petua ini akan memudahkan proses kupas kerang, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengikuti langkah-langkah seperti yang ditunjukkan di bawah. Berikut adalah cara cepat mengopek isi kerang :

Bahan- bahan yang diperlukan

  • Kerang
  • 2 atau 3 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya untuk merebus kerang

Cara-caranya

  • Bersihkan dengan cara mencuci kerang yang kami kongsikan di atas.
  • Kemudian masukkan air untuk merebus kerang
  • Masukkan minyak masak dan minyak akan berada di atas permukaan
  • Tutupkan periuk dan tunggu sehingga kerang masak
  • Kemudian toskan dengan membuang air
  • Seterusnya kopek isi kerang

Dengan mengikuti petua cara bersihkan kerang ini, anda akan mendapati cengkerang sangat mudah dibuka dan akan memudahkan proses mengupas. Malahan isi kerang juga senang ditanggalkan dari kulitnya.

Semoga perkongsian cara mencuci kerang ini akan membantu serta memudahkan kerja anda untuk menyediakan makanan yang berasaskan kerang dengan cepat dan pantas. Petua ini sangat bagus diamalkan kerana makanan laut ini akan menjadi bersih dan selamat untuk dimakan. Selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0

Comments