in

Cara Mengelakkan Kebakaran Jika Pintu Rumah dan Tingkap Jeriji Besi

cara mengelakkan kebakaran di rumah

Kebanyakan punca-punca kematian dalam kebakaran rumah adalah kerana disebabkan mangsa yang maut itu didapati terperangkap serta gagal untuk menyelamatkan diri kerana dipercayai gagal keluar selepas tingkap atau pintu rumah tersebut dikunci dengan jeriji atau grill.

Ketika insiden kebakaran berlaku, pastinya setiap mangsa akan jadi panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan dan bagaimana cara mengelakkan kebakaran dari terus berlaku.

Cara elak kebakaran
Cara-cara mencegah kebakaran

Berikutnya adalah antara kes yang membabitkan punca kecelakaan yang hampir sama yang mana mereka mungkin tidak tahu cara mengelakkan kebakaran dengan betul.

1. Kebakaran yang melibatkan pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Seramai 23 pelajar terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah tahfiz di Kuala Lumpur. Punca kebakaran masih dalam siasatan (meskipun sebelum ini disimpulkan kerana litar pintas) dan mereka gagal melepaskan diri gara-gara semua tingkap dipasang jeriji besi dan hanya ada satu pintu untuk keluar dan masuk, lapor Berita Harian.

Tip dan cara mengelak kebakaran berlaku
Via Facebook
punca kebakaran dan langkah pencegahan kebakaran
Via Facebook
pencegahan kebakaran
Via Facebook

2. Kebakaran yang melibatkan sebuah keluarga di Subang Jaya

Sebuah keluarga maut akibat kebakaran yang tercetus di rumah mereka. Kejadian yang mengorbankan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki telah berpunca dari litar pintas dan kesemua mangsa gagal melepaskan diri kerana kesemua pintu dan tingkap dipasang dengan jeriji besi, lapor Astro Awani.

sikap berjaga-jaga untuk mengelakkan kebakaran
Via Astro Awani
langkah langkah untuk menghindari bahaya kebakaran
Via The Star

3. Kebakaran yang melibatkan tiga adik beradik di Kelana Jaya

Tiga adik-beradik maut dalam tragedi kebakaran yang berlaku di Jalan SS7/16 pada tahun 2001. Punca kejadian adalah disebabkan oleh litar pintas dan ketiga-tiga mereka gagal menyelamatkan diri disebabkan pintu berjeriji besi menjadi penghalang, lapor Utusan Malaysia.

sebutkan 5 cara menghindari bahaya kebakaran
Via Utusan Malaysia

Rata-rata punca kematian apabila berlakunya kebakaran di Malaysia adalah disebabkan tingkap dan pintu jeriji besi. Apabila melihat statistik yang dikumpul pada tahun lalu, sebanyak 44 kematian telah dicatit berlaku akibat punca yang sama.

Sehingga kini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia belum bercadang mewujudkan undang-undang bagi mewajibkan pemasangan jeriji yang mudah buka di setiap kediaman. Sebaliknya JBPM memilih untuk memberi penekanan dalam mendidik masyarakat tentang langkah berjaga-jaga sebagai cara yang terbaik.

“Kami yakin sekiranya kami ambil tindakan lebih agresif dari segi kempen menggunakan saluran yang betul, sambutan daripada orang ramai akan lebih baik. Jadi cara terbaik seperti yang berlaku di negara-negara lain juga melalui public education,” ujar Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Cara Mengelakkan Kebakaran Berlaku

JBPM telah menetapkan beberapa langkah-langkah keselamatan bagi mencegah kebakaran dan juga cara mengelakkan kebakaran daripada terus berlaku. Antaranya:

1. Keselamatan di dapur

Semasa memasak pastikan anda memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk.

cara menghindari bahaya kebakaran

2. Ruang alat pemanas

Letakkan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau satu meter daripada sebarang benda yang mudah terbakar.

cara mencegah terjadinya kebakaran

3. Perkakas merokok

Pastikan bekas abu rokok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan lagi dan jangan merokok ketika hendak tidur. Adalah lebih baik jika anda TIDAK MEROKOK di dalam rumah.

langkah-langkah mencegah kebakaran di sekolah

4. Mancis dan pemetik api

Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat dan jauhi ia dari kanak-kanak.

cara mencegah kebakaran ditempat kerja

5. Elektrik

Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas. Pastikan juga peralatan elektrik yang anda guna diluluskan oleh SIRIM.

6. Penyediaan alat pemadam api

Pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya satu pemadam api di dalam rumah.

cara elak kebakaran

7. Pemasangan alat pengesan asap

Pemasangan alat pengesan asap sedikit sebanyak dapat menolong anda menjadi lebih berjaga-jaga jika berlakunya kebakaran.

cara mengatasi kebakaran

Walaupun pemasangan jeriji besi menjadi punca utama kematian bila berlakunya kebakaran, namun pemasangan ia amatlah penting buat aspek keselamatan yang lain. Contohnya, ia dapat menghalang rumah anda dari dipecah masuk dengan mudah.

Maka disebabkan itu anda boleh mempraktikkan langkah-langkah yang disenaraikan oleh JBPM sebagai langkah alternatif. Ingat mencegah dari awal lebih bagus dari menyesal kemudian hari!

Semoga perkongsian artikel berkaitan dengan cara mengelakkan kebakaran dari terus berlaku amat berguna dan bermanfaat untuk semua.

Sumber: Lobak Merah

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0