in ,

Cara Menghilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat (Petua dan Rawatan)

punca bibir pecah akibat ulser mulut

Sesiapa sahaja yang sering mengalami penyakit ulser mulut pastinya akan sukar untuk bercakap seperti biasa sehinggakan menganggu aktiviti seharian, di sini kami kongsikan maklumat berkenaan punca, tanda-tanda, simptom dan petua untuk merawat ulser yang kerap berlaku di bahagian bibir dan mulut.

Ulser di bahagian mulut yang menyebabkan bibir pecah atau luka di bahagian lidah mungkin satu perkara biasa dan tidak menjadi masalah besar bagi sesetengah orang. Ia juga dikatakan sesiapa sahaja yang akan mengalaminya tidak kira jantina dan umur termasuk bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Ulser mulut sangat mudah dijangkiti sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau di sekitar tekak.

Penyakit Ulser Mulut dan Cara Merawat

Walaupun penyakit ulser boleh diubati dan sakitnya itu dikatakan tidak berlarutan untuk tempoh yang lama, namun faktor penyebab masih lagi tidak dikenal pasti sehingga kini. Sesiapa yang pernah mengalaminya pasti akan tahu betapa sakitnya menanggung sakit ulser ini yang dikatakan ulser mempunyai bermacam jenis iaitu ulser mata, perut, gusi dan sebagainya.

gambar ulser mulut bibir pecah dan lidah luka
Ini adalah gambar ulser mulut yang benyebabkan bibir pecah dan ia amat menyakitkan.

Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab utama sehingga berlakunya penyakit ulser yang seringkali menyerang di bahagian mulut sehingga menyebabkan lidah luka, bibir pecah dan sakit mulut yang menyukarkan untuk makan seperti biasa.

Terdapat juga pandangan mengenai beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikan penyakit ulser ini dengan lebih teruk lagi selepas diserang.

Apabila berlaku ulser mulut, seseorang itu akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak.

Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.

Ia amat memedihkan dan adakalanya kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian. Apabila berlaku penyakit ini anda perlu minum air mineral sekurang-kurangnya dua liter sehari.

punca bibir bengkan dan pecah
Meminum air dengan kuantiti yang cukup juga mampu mengatasi ulser mulut.

Punca Ulser Mulut

• Infeksi atau bakteria dalam mulut
• Kekurangan air
• Luka tergigit
• Keturunan
• Panas dalam

Mereka yang mengalami ulser mulut biasanya akan hilang selera makan dan agak sukar untuk makan memandangkan bibir, lidah dan bahagian mulut mempunyai luka akibat ulser.

Tanda-Tanda Ulser Mulut

• Rasa terbakar dalam mulut
• Kesakitan
• Tidak selesa
• Hilang selera makan
• Demam.

Petua dan cara hilangkan ulser mulut kanak-kanak dengan cepat
Dinding mulut yang berdekatan dengan gusi juga sering menjadi ulser selepas dijangkiti.

Jadi, kami kongsikan beberapa kaedah yang dipercayai berkesan untuk mengubati serta merawat dan cara menghilangkan ulser mulut dengan cepat dan mudah.

1. Gunakan bahan kumuran antiseptik

Antara bahan yang boleh dikumur adalah seperti produk Listerine yang terbukit keberkesanannya yang mampu membersihkan mulut serta dapat hilangkan segala kekotoran dalam mulut.

2. Sapu gel atau krim penahan sakit

Gel atau krim untuk menahan kesakitan kerana ulser boleh didapati di klinik-klinik kerajaan atau swasta. Anda juga boleh membeli di kebanyakan farmasi yang menjualnya.

3. Kekalkan kebersihan mulut yang baik

Cara untuk mengekalkan kebersihan gigi dan mulut adalah dengan mencuci atau membersihkan mulut dan gigi dengan kerap iaitu mengikut jadual rutin setiap hari sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

4. Makan makanan lembut, elakkan panas dan pedas

Untuk mencegah ulser mulut juga boleh dibuat dengan mengamalkan makanan yang lembut serta tidak mengambil sebarang makanan yang pedas dan juga panas.

5. Perbanyakkan minum air mineral

Anda perlu minum air kosong atau air mineral sekurang-kurangnya dalam kuantiti sebanyak dua liter sehari.

6. Kurangkan makan daging

Sila amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta wajib mengurangkan pengambilan makanan yang berasaskan dari daging sama ada daging lembu, kambing dan sebagainya.

7. Kumur dengan air garam

Anda perlu kumur dengan air garam dalam jangka masa 30 saat dan dibuat dua hingga tiga kali sehari sekurang-kurangnya.

8. Madu Lebah

Cara menghilangkan ulser mulut dengan mudah dan cepat adalah dengan menggunakan madu kerana sifat antibakteria yang dimilikinya akan membantu untuk melembapkan mulut serta turut mempercepatkan proses bagi pembentukan tisu baru di bahagian luka akibat ulser.

Semoga perkongsian cara merawat, petua, cara mengatasi dan penawar ulser mulut ini dapat membantu anda yang sedang menderita kesakitan akibat penyakit ini dan semoga ikhtiar anda dapat mencegahnya  dengan segera. Semoga bermanfaat.

Sumber: GPSBestari

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments