in

Cara Merawat Buasir Luar & Dalam (Tips dan Petua Kecutkan Buasir)

Cara merawat buasir

Buasir (Hemoroid/Hemorrhoid) adalah salah satu penyakit yang amat bahaya sekiranya tidak mencegah dan dirawat dengan cepat. Cara merawat buasir yang berkesan adalah dengan mengamalkan tips atau petua tradisional dan mendapatkan ubat di farmasi serta rawatan doktor pakar.

Pada zaman sekarang berbagai jenis ubat-ubatan yang boleh dibeli di farmasi untuk mengurangkan atau melegakan buasir dan malahan dikatakan cara hilangkan buasir dengan cepat boleh dilakukan dengan petua kecutkan buasir secara tradisional yang amat mujarab.

cara mengubati buasir
Penyakit buasir pasti menganggu aktiviti seharian kerana kesakitan dan tidak selesa.

Walau bagaimanapun, anda disarankan berjumpa dengan doktor pakar sekiranya anda mengalami sakit buasir di peringkat awal, tahap 1, 2, 3, 4, kronik atau kritikal sekalipun. Adalah lebih baik anda mengetahui jenis-jenis penyakit ini dan cara merawat buasir dengan betul sebelum anda mengubati dengan petua atau perubatan cara kampung dan hospital.

Ikuti perkongsian tentang penyakit buasir dan rawatan yang betul dikongsikan oleh Dr. Naemah Shariffuddin dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga beberapa tips dan petua buasir secara tradisional yang kami kongsikan.

Punca Buasir dan Cara Merawat Buasir

Apa itu buasir? Ia adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur yang akan membawa masalah apabila menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua jenis bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai punca dan gejala atau simptom atau masalah yang berbeza.

tanda-tanda punca buasir dalaman dan luaran
Buasir luar dan buasir dalam berbeza hanya kerana luaran dan dalaman.

Buasir Dalaman

Buasir Dalaman merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

Buasir Luaran

Buasir Luaran merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (rujuk gambar di atas). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza.

Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Apakah Punca Buasir dan Mengapa Ia Terjadi?

Buasir adalah penyakit yang sering berlaku dan boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur walaupun kanak-kanak tetapi selalunya dilihat pada orang dewasa berusia 30 tahun ke atas dan juga wanita mengandung.

Antara sebab dan tanda-tanda buasir terjadi adalah kerana peningkatan tekanan pada vena di dubur akibat;

  • Meneran ketika ingin membuang air besar kerana masalah sembelit
  • Perubahan hormon dan pembesaran janin dalam rahim ketika hamil
  • Ada banyak lemak pada organ-organ dalaman dan abdomen kerana kegemukkan
  • Berdiri dalam waktu yang lama setiap hari atau mengangkat benda yang berat

Ia sering dikaitkan dengan meneran semasa membuang air besar dan keadaan sembelit. Wanita mengandung mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon.

Selain itu, orang yang berlebihan berat badan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat mungkin menghidapi masalah ini. Kesemua keadaan tersebut menyebabkan penambahan tekanan kepada salur vena di rektum atau dubur dan menyebabkan pembengkakkan dan pembesaran.

Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk rawatan buasir?

rawatan buasir ubat yang mujarab
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda buasir, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan.

Dapatkan nasihat dari doktor sekiranya anda mengalami pendarahan semasa atau selepas membuang air besar. Doktor perlu memastikan bahawa pendarahan tersebut berpunca dari buasir berdarah dan bukannya dari penyakit serius yang lain seperti kanser usus. Pemeriksaan untuk kanser usus perlu dibuat bagi mereka yang:

  • Berumur 40 tahun ke atas.
  • Mempunyai sejarah perubatan kanser usus atau ahli keluarga/ saudara
    yang mengalami kanser usus.
  • Mengalami sakit atau ketidakselesaan perut.
  • Mengalami pembuangan najis tidak menentu seperti selalu cirit-birit
    dan/atau sembelit.
  • Kurang berat badan tanpa sebab tertentu.

Tips dan Petua Hilangkan Buasir

Ada beberapa tips atau petua yang boleh diambil sebagai cara merawat buasir yang boleh menyembuhkan serta mengelakkan kesakitan dan mengurangkan rasa tidak selesa:

  • Elakkan sembelit
  • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan
    buah-buahan,sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti
    atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
  • Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
  • Lakukan senaman setiap hari.
  • Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan
    menerukkan lagi masalah buasir.

Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi seperti Fybogel yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.

Cara Mengubati Buasir dan Mengurangkan Kesakitan

cara hilangkan buasir
Ubat Suppository sering digunakan untuk sakit buasir yang dimasukkan ke dalam rektum.
  • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
  • Jika terdapat pembengkakkan, gunakan ais supaya bengkak surut atau
    duduk di dalam besen yang berisi air garam.
  • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau
    ibuprofen.

Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada di pasaran untuk rawatan buasir. Kebanyakkannya tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi keberkesanannya. Produk-produk ini mungkin boleh mengurangkan simptom tetapi penggunaan berterusan tidak digalakkan. Ini kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan atau masalah kulit di sekeliling dubur.

Bila saya perlu menjalani pembedahan atau prosedur?

Selalunya sakit buasir akan hilang atau baik tanpa rawatan jika anda mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan buasir seperti di atas. Walau bagaimanapun, sekiranya ia berterusan dan menganggu anda, dapatkan nasihat doktor.

Cara Hilangkan Buasir di Klinik atau Hospital

Pembedahan/prosedur untuk rawatan buasir boleh dilakukan sama ada di klinik atau perlu kemasukkan ke hospital:

Prosedur di klinik:

1. ‘Rubber band ligation’, boleh dilakukan bagi rawatan buasir dalaman. Cara kecutkan buasir seperti ini adalah sangat ringkas di mana gelung getah yang kecil dipasang dipangkal buasir menyebabkan aliran darah ke kawasan tersebut terhenti dan buasir tersebut mengecut. ‘sclerotherapy’ di mana sejenis cecair contohnya Phenol disuntik ke dalam buasir tersebut menyebabkan dinding saluran vena tersebut mengecut.

Prosedur rawatan di hospital:

2. ‘Hemorrhoidectomy’ di mana pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan buasir tersebut. Pesakit yang menjalani prosedur ini mengambil masa 2-4 minggu untuk pulih. ‘Doppler guided transanal hemorrhoidal dearterialization’ di mana mesin ultrasound digunakan untuk mengenalpasti aliran darah arterial terbabit yang kemudiannya disekat. ‘Stappler hemmorhoidectomy’ merupakan pembedahan untuk membuang bahagian tisu yang longgar yang menyebabkan buasir keluar dari dubur.

Bolehkah masalah penyakit buasir ini berulang?

Ya, sakit buasir boleh berulang walaupun pembedahan telah dilakukan. Oleh itu adalah penting bagi anda untuk mengelakkan sembelit, tidak meneran semasa membuang air besar dan menggelakkan perkara-perkara lain yang boleh menyebabkan buasir seperti yang dibincangkan di atas.

Buasir bagi wanita mengandung atau bersalin

Buasir semasa hamil sering bermula diperingkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir di kalangan wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang selepas bersalin atau melahirkan anak.

Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. Ini mungkin akan mengakibatkan masalah buasir.

Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.

Petua Kecutkan Buasir Secara Tradisional

Cara hilangkan buasir dengan petua kecutkan buasir secara tradisional menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti bawang putih dan manjakani boleh juga dibuat seperti yang diamalkan oleh orang-orang kampung.

Bawang Putih

petua kecutkan buasir
Bawang putih yang ditumbuk juga adalah penawar buasir yang mujarab.

Untuk merawat menggunakan bawang putih, anda perlu tumbuk bawang tersebut dengan mencampurkan sedikit air. Hasilnya akan mengeluarkan air dari bawang dan juga air yang sedikit dicampurkan itu tadi.

Air perahan dari bawang putih itu boleh digunakan untuk rawatan buasir iaitu dengan cara sapu di bahagian yang mempunyai buasir pada setiap hari. Apabila kerap diamalkan dikatakan buasir akan kecut dan tidak lagi bengkak seperti sebelumnya.

Serbuk Manjakani

penawar penyakit buasir dengan serbuk manjakani
Buah manjakani dijadikan serbuk untuk ubati buasir luar dan dalam.

Manjakani dikatakan adalah penawar dan ubat buasir yang paling mujarab serta ramai telah mengamalkannya. Cara kecutkan buasir dengan serbuk manjakani sangat mudah.

Caranya dengan mengambil serbuk manjakani yang boleh dibeli atau dibuat sendiri dan dicampurkan dengan sedikit air agar ia kelihatan basah. Kemudiannya sapukan serbuk manjakani itu tadi ke bahagian buasir dan amalkan sehingga buasir tersebut hilang dengan cepat.

Semoga perkongsian tentang buasir dan cara merawat buasir serta petua kecutkan buasir ini akan membantu anda yang memerlukan untuk mengubati dan menghilangkan penyakit ini dengan segera. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments