in

Cara Merawat Gangguan Sihir Diri Sendiri (Ilmu Hitam, Jin & Santau)

cara merawat sihir diri sendiri

Gangguan sihir dan ilmu hitam memang tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu sejak dulu sehingga hari ini. Jika anda pernah terkena perkara ini, anda boleh mengatasi dan merawat dengan cara sembuhkan sihir diri sendiri menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Anda beruntung sekiranya tahu membaca Al-Quran kerana dengan ayat-ayat suci inilah sebenarnya anda boleh mengatasi sihir diri sendiri menghilangkan gangguan sihir, jin, ilmu hitam, santau dan seumpamanya.

Cara Merawat Gangguan Sihir Diri Sendiri

Berikut adalah perkongsian seorang pengguna Facebook yang berkongsi cara merawat sihir diri sendiri serta memulihkan dirinya daripada gangguan sihir atau makhluk halus ini. Ikuti perkongsian bermanfaat daripada Anyss Azemi.

Saya (Anyss Azemi) mendapat petua untuk sembuhkan diri dari sihir ini setelah 4 tahun saya berperang dengan sihir dan santau, puas berubat. Duit dah beribu-ribu habis untuk berubat. Dari yang bayar, ikut ikhlas sampailah yang mintak bayaran beribu.

Saya share tips ni sebab nanti mungkin ada yang berguna pada siapa-siapa. Azab sihir dan santau ni orang yang kena je tahu betapa sakitnya. Saya dah banyak tempat pergi berubat sebelum ni tapi rata-rata ustaz atau ustazah kata benda ni akan datang balik. Kira tak dapat sembuh sepenuhnya.

Sebelum ni dapat sembuh dalam 70% sahaja. Tapi selepas saya amalkan petua-tua ni, allhamdulilah sekarang dah sembuh 95% tinggal saki baki je lagi nak kasi buang lepas ni.

Syukur kepada Allah saya dapat buang santau dalam tubuh saya selepas amalkan semua ni, saya sendiri tak sangka benda tu keluar selepas saya ubati sihir diri sendiri ini.

Saya dapat tips ini sembuhkan sihir diri sendiri daripada seorang ustaz katanya ubat diri sendiri kalau berubat dengan perawat tapi tak sembuh.

cara buang jin dalam badan sendiri
Gambar Hiasan

1) Sembahyang taubat nasuha, mohon Allah ampunkan segala dosa-dosa lalu dulu dan Sembahyang 5 waktu jangan tinggal, selepas sembahyang doa dan luahkan kepada Allah segala kesakitan. Mohon Allah sembuhkan segala penyakit.

2) Mandi dengan daun bidara dan buah limau purut setiap hari selama 12 hari. Limau tu gosok pada seluruh badan dan kepala . (masa mandi selawat dan doa kepada Allah buangkan sihir atau segala penyakit dalam badan)

3) Minum air kelapa yang dibakar bersama serai dan biji halba. Minum berturut-turut selama 12 hari. (Sebelum minum selawat dan doa agar Allah berikan air kelapa tu jadi ubat)

4) Amalkan baca ruqyah dan ayat muntahkan penyakit dari ustaz Sharhan Shafie. Bergantung kepada Allah 100%. Percaya kepada diri sendiri mampu mengubatkan sihir diri sendiri.

Kena yakin kalau tak yakin tak jadi. Saya baca hari pertama benda tu keluar dari badan saya, saya sendiri terkejut, gambar santau yang dihantar dekat saya tu, saya hanya kongsikan dengan family saya, ustaz dan ustazah saya sahaja.

Ini membuktikan sebenarnya kita boleh sembuhkan sihir diri sendiri dengan mengamalkan ayat-ayat ruqyah atau lebih tepat lagi ayat suci Al-Quran. Amalkanlah dengan sentiasa, insya Allah semua masalah itu akan hilang.

Ayat Ruqyah Penawar Sihir dan Gangguan Jin

Berikutnya adalah ruqyah dan ayat-ayat yang saya amalkan untuk merawat sihir diri sendiri serta untuk mengelakkan sihir ilmu hitam, gangguan jin dan santau.

Baca : Doa dan Ayat Pendinding Diri Dari Sihir dan Gangguan Syaitan

5) Mengadu pada Allah, menangislah pada Allah dan selalu berdoa agar Allah buang segala penyakit dalam badan setiap hari.

6) Kalau sakit, lawan dan percaya kita lebih kuat dari benda tu. Saya sakit sampai menangis tak keluar suara, lebih sakit dari sakit beranak. Tapi saya tetap lawan sebab saya ada Allah.

7) Ikhtiar,jangan hanya berserah kepada Allah semata-mata tanpa usaha. Amalkan sifat tawakkal.

Semoga kita semua dijauhkan dan sembuh dari penyakit sihir dan santau serta semoga perkongsian cara merawat sihir diri sendiri ini akan bermanfaat kepada anda dan orang lain yang menghadapi gangguan sihir, jin, ilmu hitam dan sebagainya. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0