in ,

Cara Nyahbeku dan Sejukbeku Bahan Mentah Yang Betul Agar Tidak Keracunan

cara nyahbeku dan sejukbeku yang dengan betul

Pasti ramai yang suka simpan bahan mentah dalam freezer untuk jangka masa yang lama tapi langsung tak tahu bahawa sesetengah daripada bahan mentah tersebut turut mempunyai tempoh yang tersendiri untuk disimpan sama ada nyahbeku dan sejukbeku.

Ada juga cara simpan bahan mentah juga salah dan tidak dilakukan dengan betul yang menjadikan bahan tersebut tidak lagi boleh dimakan yang akan menyebabkan anda mengalami keracunan makanan jika terus memakannya sama ada dalam jangka masa panjang atau pendek, yang pasti ianya memberikan kesan yang tidak baik.

makanan sejuk beku untuk nyahbeku
Makanan sejukbeku pasti ada dalam kebanyakan peti ais setiap rumah.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pendapatnya dan turut menyatakan bahawa setiap pengguna wajib tahu cara-cara menyejukbeku dan menyahbeku bahan mentah yang betul dan yang teramat penting adalah mengutamakan kebersihan dengan mencuci bahan mentah serta ia perlu disimpan dalam bekas yang bersih untuk mengelakkan sebarang kontaminasi.

Cara Nyahbeku dan Sejukbeku Dengan Betul

“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”

Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.

Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih, lepas tu potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.

Tapi, jangan curi-curi pakai Tupperware kesayangan mak kau, nanti mengamuk orang tua tu, dah tak jadi kalau gitu. Hehe.

Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.

Habis, cara nyahbeku bahan mentah yang betul macam mana?

Camni:

  • Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir.
  • Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.
  • Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!


makanan defrost
Ais yang terdapat pada makanan jika tidak dicairkan dengan betul akan jadi keracunan makanan.

Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila kau masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah! Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

OKlah. Tu je!

Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Medtweetmy

Baca juga : Jangan Lupa Simpan Duit Syiling Dalam Peti Sejuk Jika Keluar Rumah Untuk Bercuti Panjang? Mengapa? Ini Sebabnya..

Semoga perkongsian cara nyahbeku dan sejukbeku yang dikongsikan oleh doktor ini akan membantu anda semua terutamanya suri rumah yang sentiasa menyimpan makanan ke dalam peti sejuk.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments