Ramai yang suka pergi ke Starbucks dan ada yang jadi regular customer gara-gara minuman yang dijual kedai francais ini sedap katanya. Ada juga yang masih baru berjinak-jinak nak cuba beli air di Starbucks tapi segan-segan sebab harga agak mahal dan cara order minuman Starbucks juga macam susah kalau tak biasa.

Sebenarnya nak beli minuman di Starbucks ada cara untuk dapat harga murah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Joe yang berkongsi Tweet miliknya cara order minuman Starbucks khas untuk mereka yang masih belum tahu untuk membeli dengan harga yang jauh lebih murah.
Cara Order Minuman Starbucks Dengan Harga Murah
Tips yang dikongsikan Joe ini adalah sangat sesuai kepada mereka yang masih belum tahu untuk membeli sebarang jenis air di Starbucks. Jadi, selepas ini tak perlu lagi malu untuk bertanya orang lain macamana cara nak beli air di sini.

Jika korang masuk ke Starbucks ada menu board di belakang Barista iaitu cashier atau staff yang berkerja di kaunter depan.
Ada 5 kategori yang perlu anda perhatikan:
Masuk Starbucks ada menu board belakang Barista (cashier/staffs).
- Coffee (Hot/cold)
- Frappe (Ice Blended)
- Tea (Hot/Cold)
- Chocolate
- Juices

Kemudian anda perlu pilih saiz Cup atau bekas minuman yang nak dibeli tu dalam beberapa saiz berlainan iaitu small, medium dan large. Saiz tak pula dinyatakan di papan menu tapi ada perlu buat pilihan iaitu;
- Tall = Short
- Grande = Medium
- Venti = Large
Perbezaan harga untuk senarai di atas adalah hanya RM1 sahaja.
Selepas saiz di atas korang dah pilih, anda perlu memilih jenis minuman pula.

Jika Pilih Coffee
Untuk COFFEE, ini menu yang disediakan. Anda boleh buat pilihan kalau nak sejuk atau panas. Gambar kedua sebagai rujukan anda dan ada juga yang tidak dijual di Starbucks Malaysia.

Jika Pilih Frappuccino
Ini adalah yang paling famous Frappuccino. Sebenarnya ice blended tapi dipanggil ‘frap’. Untuk newbie, anda tak perlu pening, order saja yang dalam red circle tu. My favourite adalah Java Chip dan Chocolate Cream Chip.
Jika Pilih Tea and Chocolate

Ini adalah untuk menu Tea and Chocolate. Kalau anda tak suka coffee atau nak minum something yang lebih ringan, anda boleh cuba iced shaken lemon tea atau teh o ais lemon.
Joe turut berharap simple thread yang dikongsikan beliau akan berguna untuk semua newbie. Katanya lagi, kalau nak minum Starbucks dengan harga murah, anda boleh follow Instagram Joe di @Joe_Makan untuk sebarang promosi dan offers.
Harga Promosi di Starbucks

- Kalau ada promosi, sila tanya Barista sama ada boleh guna tak promo tersebut.
- Pilih minuman anda sama ada Coffee, Frap, Tea or Choc.
- Pilih size minuman sama ada Tall, Grande dan Venti.
- Buat bayaran dan ambil minuman anda.
- Kemudian boleh selfie kalau nak. Kan?
Barista Salah Eja Nama

Jika korang tak nak Barista salah eja nama korang, sila tunjuk MyKad. Kalau tak, redha sajalah dia eja nama korang macam mana. Tak perlu viralkan.
Harga Air Starbucks Mahal?

Ramai yang selalu kata air di Starbucks mahal. Yes, normal price memang mahal. Tapi kalau korang ikut tips yang Joe kongsi atau ada promosi boleh dapat lagi harga lebih murah dari Chatime dan Tealive. RM5-RM6 atau boleh dapat percuma.
Contoh Cara Nak Cakap Guna Promosi
1. Barista: Hi welcome to Starbucks.
Me: Saya nak guna promo 50% discount. Bagi Chocolate Cream Chip frap satu. Venti.
Barista: Name?
Me: Joe
Barista: Whipped cream
Me: Ok
Done.
2. Barista: Hi
Me: Bagi Caramel Hot Chocolate. Venti
Barista: Name?
Me: Joe
Barista: Whipped cream
Me: Ok
Done.

Macamana? Ok tak dan senang faham kan? Semoga perkongsian Joe bagaimana cara order minuman Starbucks yang recommended ini akan membantu mereka yang masih lagi tak tahu cara nak order atau malu-malu nak masuk Starbucks. Buang rasa malu, ikut tips ini dan rasai kenikmatan minuman di Starbucks yang katanya paling sedap dari segala jenis minuman. Ye ke? Semoga bermanfaat. – Perkongsian ini mendapat keizinan penuh dari sumber asal iaitu Joe.
Comments