in , ,

Cara Rebus Telur Agar Mudah Dikupas, Licin & Cantik (Tips dan Petua)

Cara senang rebus telur

Bagi sesiapa saja untuk merebus telur adalah perkara yang teramat senang di dunia malah budak sekolah juga boleh melakukannya dengan memasukkan air dan telur, siap, inilah cara rebus telur yang mudah.

Tetapi, untuk mendapatkan telur yang telah direbus itu tidak pecah, senang dan mudah ketika mengupas kulitnya agak kelihatan cantik dan licin adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan oleh ramai orang. Berikut kami kongsikan cara rebus telur agar mudah dikupas.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang bagaimana untuk merebus telur dengan mendapatkan kupasan yang cantik dan menarik agar tidak rosak kejadiannya serta tahan lama.

Cara Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas

Cara rebus telur agar mudah dikupas

Petua, tips dan cara rebus telur agar cantik dan elok serta mudah dikupas dari perkongsian Puan Waheeda Basiron ini pasti akan membantu anda semua terutamanya kaum ibu. Jom ikuti perkongsian menarik dari beliau;

“Hari ini kekda taknak share resepi. Nak share tip cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela.
Mudah je”.

Bahan-Bahan:

  • Telur
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar garam
  • Air secukupnya

Cara Membuat:

1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye.

2. Masukkan sesudu garam.

Merebus telur dengan kuantiti banyak

3. Kemudian masukkan sesudu minyak masak.

boiled egg

4. Rebus lebih kurang 15-20 minit/ sehingga air menggelegak.

air rebusan

5. Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.

telur rebus

SIAP!

Berikut kami kongsikan juga tutorial rakaman video yang diambil dari YouTube bagaimana untuk merebus telur agar tidak retak dan tidak pecah. Ikuti cara rebus telur dengan betul dan langkah-langkah yang ditunjukkan agar anda terus faham dan tahu caranya.

Petua rebus telur di atas boleh juga dibuat untuk kenduri dan direbus dalam kuantiti yang banyak. Cara ini bukan sahaja dikhaskan untuk telur ayam malahan telur itik juga boleh dilakukan dengan cara yang sama.

Baca : Makan Telur Rebus Dalam Masa Dua Minggu Mampu Hilangkan 10 Kg, Tak Percaya? Ini Caranya, Memang Berkesan..

Semoga perkongsian cara rebus telur agar mudah dikupas ini akan membantu memudahkan anda dan mungkin masih lagi ramai yang tidak tahu tentang tips dan petua merebus telur dengan kaedah yang terbaik ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0