in , ,

Cara Rebus Telur Supaya Senang Dikupas, Licin & Cantik, Mungkin Ramai Lagi Kaum Ibu Yang Belum Tahu

Bagi sesiapa saja untuk merebus telur adalah perkara yang teramat senang di dunia malah budak sekolah juga boleh melakukannya dengan memasukkan air dan telur, siap.

Tetapi, untuk mendapatkan telur yang telah direbus itu senang dan mudah ketika mengupas kulitnya agak kelihatan cantik dan licin adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan oleh ramai orang.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang bagaimana untuk merebus telur dengan mendapatkan kupasan yang cantik dan menarik agar tidak rosak kejadiannya.

Petua dan tips agar telur rebus jadi cantik dan elok dari perkongsian Puan Waheeda Basiron ini pasti akan membantu anda semua terutamanya kaum ibu. Jom ikuti perkongsian menarik dari beliau;

“Hari ini kekda taknak share resepi. Nak share tip cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela.
Mudah je”.

Bahan-Bahan:

Telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar garam
Air secukupnya

Cara Membuat:

1.Basuh telur bersih2 dan masukkan terus dalam periuk dan tambah air.Tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye.

2.Masukkan sesudu garam.

3.Kemudian masukkan sesudu minyak masak.

4.Rebus lebih kurang 15-20 minit/ sehingga air menggelegak.

5.Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus kupas.

SIAP!

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments