Cara order RFID tag, Dapatkan diskaun RM10.
RFID adalah singkatan dari Radio-Frequency Identification yang merupakan sebuah teknologi dimana pihak Touch’n Go iaitu Tag RFid Touch n Go Memperkenalkan pelekat yang disertakan dengan cip frekuensi radio yang agak unik untuk setiap pengguna.
Ia boleh dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan dan tag tersebut akan menolak bayaran tol dari Touch ‘n Go eWallet kerana eWallet adalah pautan ke pelekat RFid.
Kenapa Perlu Guna RFID
- Tidak perlu bimbang tentang Tambah Nilai atau kehilangan kad Touch ‘n Go anda lagi.
- Anda juga boleh menambah nilai semula e-Wallet Touch ‘n Go anda di mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa caj tambahan.
- Boleh menyemak transaksi yang telah anda buat sebelum ini dari aplikasi supaya lebih mudah.
- Anda tidak perlu lagi untuk membuat bayaran secara beratur mengikut giliran. Dengan menggunakan RFID ini ia lebih cepat dan selamat.
Min baru tahui cara daftar rfid touch n go. Sebab dengar ada diskaun RM10. Senang saja rupa-rupanya, guna TnG e-Wallet. Nak bising-bising pasal politik ke kroni ke, buat penat otak saja. Benda kena guna walaupun tak suka, guna sajalah. Dan ambil kesempatan diskaun yang ada.
Apapun aku okey dengan RFID. Tak leceh dengan kad, bateri bagai. Dah rasa drive di luar negara yang tak perlu banyak perkakasan dan berbaris panjang dan jammed mengarut bottleneck hanya untuk bayar tol, senang dan lancar.
Harapnya RFID Malaysia pun macam itulah nanti. Itulah pun tujuannya, sepatutnya … kan. (Btw tol negara maju dah tak perlukan palang langsung apatah lagi tol booth. RFID ni masih berpalang, jadi belum cukup maju. Eh.) Post ni tak berbayar. Ini sharing sesama marhaen. Supaya kalian pun dapat beli dengan harga diskaun macam aku.
Cara Register RFid Touch n Go (Beli Dan Pasang)
Langkah pertama :
Install Touch ‘n Go eWallet di google play. Selepas berjaya install aplikasi Touch ‘n Go eWallet tekan butang ” Toll ” .
langkah kedua :
Tekan butang ” RFID ” .
Langkah ketiga :
tekan butang ” Order RFID Tag “.
Langkah seterusnya :
Tekan butang ” buy Now ” untuk proses pembelian.
Langkah terakhir :
Tandakan klik di bahagian terms and conditions dan tekan butang ” pay ” berwarna biru untuk membuat pembayaran.
Alhamdulilah selesai. dah aktif pun RFid Touch n Go korang. siap dapat diskaun 10% lagi. syukur !
Sumber rujukan fb : Nota Perempuan Backpacker
Loading…