in

Cara Setting Aplikasi Waze Dengan Betul Supaya Tak Sesat

Cara menggunakan waze dengan betul

Aplikasi waze pada masa kini menjadi pilihan ramai orang kerana ia amat memudahkan urusan perjalanan sesiapa saja untuk sampai ke destinasi yang diinginkan ke seluruh dunia. Petunjuk yang disediakan menunjukkan arah jalan raya atau jalan kampung sekalipun.

Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati dengan arah yang dipaparkan dalam aplikasi waze kerana tidak semua petunjuk yang diberikan betul secara 100 peratus kerana satu kejadian membabitkan seorang wanita sesat sehingga masuk ke dalam ladang kelapa sawit telah pun berlaku beberapa bulan lalu.

cara setting aplikasi waze Malaysia
Waze Application for GPS, Maps, Traffic Alerts and Live Navigation.

Wanita terbabit dikatakan mengikut semua petunjuk arah navigasi ini yang membawa kenderaannya sehingga masuk ke laluan jalan yang berlumpur di dalam sebuah ladang kelapa sawit yang menyebabkan kereta miliknya terkandas dalam lumpur. Kejadian ini pasti amat menakutkan kita lebih-lebih lagi jika tersesat di jalan yang sunyi.

Sebenarnya untuk menggunakan aplikasi waze dengan betul dan supaya perjalanan anda tidak sesat, ada cara setting yang harus anda lakukan sebelum memulakan perjalanan anda untuk ke destinasi yang ingin anda tuju. Jangan terus guna auto setting, berkemungkinan anda akan sesat.

Perkongsian dari Aida Joseph di laman sosial ini sedikit sebanyak akan membantu anda kerana beliau sendiri telah melalui pengalaman menggunakan aplikasi waze yang menyebabkan kenderaannya dibawa ke laluan jalan teruk serta melalui tepian sungai.

Cara Setting Aplikasi Waze Yang Betul

Waze pun perlu di setting. Takut auto setting bawa anda berjalan-jalan di ladang kelapa sawit, ladang getah, dalam semak, dalam hutan.

Pernah kena dulu masa kat Pantai Timur, segala jalan kampung batu kelikir tepi sungai diangkutnya. Pergi Tasik Chini pun tak teruk macam tu.

Satu lagi, elakkan jalan berbelit yang tidak berapa membantu (kurang 1-5 minit je) jika kawasan anda banyak. Di Ampang ni banyak jalan shortcut yang amatlah berbelit-belit, so kena kurangkan.

gps application
Klik setting dalam aplikasi seperti ditunjukkan dalam gambar di atas.
tetapan waze tutorial
Ini adalah paparan dalam bahagian setting.
cara guna peta waze
Pilih navigation dan klik pada pilihan yang diarahkan dalam gambar.
penunjuk jalan guna internet
Langkah terakhir klik don’t allow untuk elakkan jalan yang tidak sesuai.

Rupa-rupanya terlalu senang nak setting untuk aplikasi waze ni. Mungkin kita hanya tahu guna dan tidak perasan dengan bahagian-bahagian yang perlu diambil perhatian. Dengan mengubah tetapan asal mengikut pilihan kita sendiri untuk elakkan laluan jalan tidak sepatutnya pastinya anda tidak akan sesat lagi.

Baca : Download Apps Life360 untuk Pantau Aktiviti Pasangan atau Keluarga Anda

Sebenarnya sudah banyak kes sesat yang telah berlaku sama ada dalam atau luar negara yang mengaitkan dengan waze ini sehingga ada kejadian kereta termasuk ke dalam sungai, kereta kehabisan minyak kerana terlalu jauh dan sebagainya.

Mulai sekarang anda sudah tahu cara setting dengan menggunakan aplikasi waze ini dan sesat jalan pasti tidak lagi akan berlaku jika anda membuat pilihan dengan betul untuk elakkan arah atau jalan-jalan tertentu.

Semoga perkongsian penunjuk arah aplikasi navigasi waze ini akan membantu anda sampai ke destinasi. Sebenarnya  cara nak guna waze tak susah pun. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0