in

Susah Simpan Duit? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Menyimpan Duit Dengan Bijak & Berkesan

cara buat tabung duit sendiri
Buat jadual simpan duit dan menyimpan dengan bijak pasti hasilnya berkesan.

Sifat suka menabung haruslah diterapkan kepada semua anak-anak sejak dari kecil lagi. Jadi, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk melatih anak mereka cara simpan duit dengan memberikan sokongan seperti membeli tabung sebagai galakan untuk terus menabung.

duit
Gambar Hiasan

Pada masa kini di media sosial pengguna sering berkongsi bagaimana cara untuk menyimpan kepada semua. Walau bagaimanapun, setiap tips dan cara simpan duit yang dikongsikan bukannya semua sesuai untuk semua orang. Setiap individu itu pasti ada cara mereka yang tersendiri untuk mencapai matlamat dalam simpanan yang dilakukan.

Memetik perkongsian dari laman World of Buzz, seorang pengguna facebook telah berkongsi bagaimana cara yang telah digunakkannya untuk menabung duit dengan lebih efektif dan fleksibel yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja.

Cara nak kumpul duit dengan cepat

Menurut Khangwei, pada tahun lepas dia telah bercadang untuk menyimpan duit, walau bagaimanapun setelah sembilan bulan berlalu, dia masih lagi gagal untuk merealisasikan keinginannya untuk menyimpan duit tersebut.

Jadi, Khangwei telah mencuba cara kawannya sendiri iaitu dengan membuat simpanan RM20 pada setiap hari. Walau bagaimanapun, Khangwei merasakan jumlah simpanan sebanyak RM20 itu terlalu tinggi dan begitu membebankan dirinya.

Lalu, Khangwei telah mendapat idea baru selepas memikirkan apakah cara yang terbaik untuk dia terus menabung dengan lebih mudah. Dengan cara ini Khangwei telah berjaya menyimpan duit dengan bijak dan berkesan.

Cara Simpan Duit oleh Khangwei

Cara menabung dengan cepat dan berkesan
Pelajar sekolah atau mereka yang bergaji kecil boleh juga mencuba kaedah simpanan ini. © Facebook

1. Simpan sekeping duit RM1 dan RM5 di dalam tabung atau di dalam botol pada setiap hari.

2. Sekiranya tiada sekeping duit RM5 di dalam wallet, haruslah digantikan dengan duit RM1 sebanyak 5 keping.

3. Jika tiada RM1 dan RM5 sekeping dalam tangan, jadi, haruslah meletakkan wang bernilai RM10 sebagai ganti ke dalam tabung.

4. Wajib atau perlu simpan dalam tabung RM50 pada setiap kali hari gaji.

BACA JUGA : AWAS! Jangan Simpan Wang Kertas Yang Dicemari Dakwat Kekal Mungkin Duit Itu Hasil Rompakan Dari Mesin ATM

Cara simpan duit kahwin
Jumlah duit yang disimpan oleh Khangwei. © WOB

Melalui perkongsian Khangwei tersebut, dia menjelaskan yang dia telah mengeluarkan duit simpanannya itu dan mengira jumlah yang telah tersimpan dengan menggunakan tips dan caranya sendiri selepas tiga bulan berlalu.

Simpanan duit gaji untuk kahwin
Duit simpanan ini boleh disimpan di ASB selepas tempat simpanan sudah penuh. © WOB

Ternyata strategi Khangwei itu sangat menjadi kerana dia telah berjaya mengumpul duit yang jumlahnya sama banyak dengan nilai gajinya selama sebulan.

Khangwei turut berpendapat bahawa menyimpan duit di dalam bekas seperti botol air ada kebaikannya yang tersendiri memandangkan dengan cara tersebut dia dapat menghalang dirinya sendiri daripada terus mengeluarkan wang yang telah disimpan itu.

Cara nak simpan duit banyak
Botol seperti ini boleh dijadikan tabung sendiri di rumah. © Moretify

Memang ada betulnya strategi dan tips yang dikongsikan Khangwei. Jom sama-sama kita emnyimpan duit dengan cara ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

3 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments