in ,

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat (Badan Kurus 7 Kg Seminggu)

cara turunkan berat badan seminggu

Setiap wanita di dunia ini pasti mahukan diri mereka cantik dan langsing. Disebabkan itulah ada yang sanggup berhabis wang ringgit dan gigih bersenam untuk cara turunkan berat badan, berdiet dan tak kurang juga makan ubat kurus semata-mata ingin kelihatan ramping dan cantik.

Walau bagaimanapun, tak semua yang nak kuruskan badan boleh kurus malahan ada yang berat badan makin besar dan gemuk. Bermacam diet dan senaman dibuat tapi berat badan masih tak turun sehinggakan nak keluar jadi malu dan segan sebab bentuk badan tak cantik.

Jangan terlalu risau dan malu berat badan tak turun dan tak kurus, mungkin anda tak buat cara kuruskan badan dengan betul atau ada kesilapan tertentu yang anda sendiri tak tahu. Sebenarnya, siapa pun boleh kuruskan badan lelaki atau perempuan, jika kena cara yang betul.

Cara Turunkan Berat Badan Dalam Seminggu

cara kuruskan badan dengan cepat dan berkesan
Pemakanan seimbang amat disarankan untuk kesihatan tubuh badan.

Perkongsian dari seorang wanita yang bernama Nora Zakariya ini pasti dapat membantu anda untuk kuruskan badan dan turunkan berat badan, pasti kurus jika ikut apa yang beliau kongsikan dengan teratur tanpa skip walau satu daripadanya.

Menurut Nora seperti yang dikongsikan melalui Mingguan Wanita, berat badan dirinya amat susah nak turun tapi lebih senang nak naik. Bermacam cara dia gunakan untuk turunkan berat badan tapi semuanya tidak berhasil sehinggalah dia terjumpa satu formula diet yang berkesan.

Hanya dalam masa seminggu mengamalkan formula kurus dan diet yang beliau kongsikan, berat badannya menurun sebanyak 7 kg. Dia juga pernah bersenam dan makan ubat kurus tapi berat menurun hanya sementara dan ia naik semula.

Dia juga telah mencuba berbagai formula diet termasuk diet Atkins walau bagaimanapun semua itu tidak sesuai dengannya sehingga dia mencuba General Motors Diet dan yang mengejutkan adalah kesan daripada GDM amat menakjubkan.

cara turunkan berat badan
Perkongsian cara turunkan berat badan daripada Nora Zakariya.

Selepas seminggu dia amalkan GDM berat badan Nora turun sebanyak 7 kg dan ramai kawan-kawannya turut sama mencuba formula diet tersebut dan rata-rata di antara mereka berat badan menurun sekitar 5 hingga ke 7 kg. Paling penting displin diet ini harus diikut, baru ianya berkesan.

Setelah berat badan menurun, Nora beriadah dan sering pergi ke gym selain melakukan jogging dan hiking bersama kawan-kawannya. Menurutnya aktiviti sebegini amat menyeronokkan selain mengekal tubuh badannya lebih langsing dan ramping.

Beliau menasihatkan kepada semua wanita yang telah turun berat badan wajib melakukan senaman dengan bersenam kita dapat mengelakkan daripada kulit menggeleber. Senaman akan membantu tubuh fit dan kulit akan menjadi lebih anjal dan menarik.

Anda wajib cuba diet GDM ini untuk kuruskan badan, menurunkan berat badan dan nasihat Nora, tidak perlu amalkan dieat ini terlalu lama. Apabila berat badan sudah turun, kembali amalkan diet seimbang dan bersenam, insya Allah badan akan terus maintain, jelasnya.

Pelan Pemakanan GDM (General Motors Diet)

cara kuruskan badan diet berkesan dalam masa seminggu
Setiap orang yang ingin kurus perlu ikut tips dan petua kurus yang betul.

Anda boleh ikut pelan pemakanan GDM seperti yang dikongsikan di bawah dan jangan sekali-kali skip atau menipu diri sendiri sekiranya anda mahukan berat badan turun atau nak kuruskan badan. Jika anda tak ikut cara yang dikongsikan dengan betul pasti diet ini tak akan menjadi.

Hari Pertama

Pada hari pertama, anda hanya boleh makan buah sahaja. Makanlah sebanyak mana buah yang anda suka. Cuma jangan makan buah pisang. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Hari Kedua

Makan sayur-sayuran sahaja. Boleh makan sayuran mentah seperti tomato, salad dan timun atau sayur yang dimasak. Anda juga boleh makan kentang pada waktu pagi. Minum air 2 liter sehari.

Hari Ketiga

Hari ketiga, anda makan kombinasi buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi jangan makan buah pisang ye. Minum air 2 liter sehari.

Hari Keempat

Anda perlu makan buah pisang dan susu rendah lemak. Jangan makan pisang melebihi 8 biji. Boleh juga makan sup kosong.

Hari Kelima

Makan protein seperti ayam dan daging bersama tomato dan sup.

Hari Keenam

Makan protein (ayam, daging dan sebagainya) dan menu berasas vege atau sayur-sayuran. Digalakkan makan menu protein yang direbus atau dibakar bukannya digoreng.

Hari Ketujuh

Hari terakhir, makan kombinasi buah dan sayur. Anda juga boleh makan beras perang. Tapi hari ketujuh jangan makan protein.

Baca juga : Jus Peria Hilangkan Berat 10 Kg Dalam Masa 2 Bulan

Tips Untuk Kurus

Anda perlu ulang diet ini berkali-kali sehingga berat badan turun atau anda nampak kurus daripada sebelumnya. Disarankan minum air sekurang-kurang sebanyak 2 liter setiap hari. Jangan degil atau derhaka kalau nak kuruskan badan, ikut saja tip ini, pasti menjadi.

Cara Turunkan Berat Badan 10Kg Dalam 14 Hari

Kami kongsikan juga tips dan cara menurunkan berat badan 10kg dalam 2 minggu serta diet yang disampaikan oleh Ciksyaa Samat menerusi channel YouTube miliknya. Anda boleh ikut apa yang beliau share tips dan panduan untuk kuruskan badan.

Semoga perkongsian Nora Zakariya tentang cara turunkan berat badan dan bagaimana untuk kuruskan badan dapat memberi manfaat kepada anda semua yang ingin kurus dan sihat. Pastikan anda lakukan diet yang betul supaya hasilnya anda ramping dan cantik menawan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0