in

Pasang CCTV Nak Awasi Aksi Kucing Tapi Rakaman Sangat Mengejutkan

aksi kucing kesayangan

Mungkin anda pernah terfikir apa agaknya yang akan dilakukan kucing binatang peliharaan kesayangan anda di rumah apabila ditinggalkan bersendirian? Tidur, makan, termenung atau apa agaknya? Apakah aksi kucing anda agaknya di rumah?

Adakah kucing peliharaan anda akan duduk di tingkap sambil memerhatikan burung-burung di luar terbang berkicauan? Atau apakah aksi kucing tersebut apabila tuannya tiada di rumah. Pasti anda juga ingin tahu, kan?

sangat pandai menari
Apa yang dia sedang buat ni?

Adakah kucing peliharaan anda hanya akan tidur di sofa sambil menunggu kepulangan anda? Apakah aksi kucing setiap kali tuannya meninggalkan dia sendirian di rumah.

CCTV Awasi Aksi Kucing di Rumah

Semua tanggapan tentang aksi kucing ini mungkin tidak tepat. Mungkin kegiatan harian mereka tidak sebosan seperti yang kita fikirkan. Netizen yang memuat naikkan imej unik ini mula memasang kamera di rumahnya untuk melihat aktiviti seharian kucingnya di rumah.

Tidak pernah dia jangkakan aksi kucing apabila melihat bakat menari kucingnya yang terpendam selama ini dan sangat terkejut selepas melihat kesemua rakaman tersebut. Rata-rata netizen di laman Twitter menyatakan rasa kekaguman mereka dengan kucing miliknya itu.

Berikut adalah aksi kucing comel ketika tuannya tiada di rumah iaitu bersenam sebelum melakukan tarian.

aksi kucing bersenam
Nampak macam bersenam. Mungkin warm up dulu.

Posisi tarian balet

menari ballet
Rupanya dia pandai menari.

Di bawah sinaran matahari, kucing ini kelihatan lebih comel.

si bulu yang comel berjoget
Pasti ramai akan mengatakan si dia ini sangat comel.

Seperti Michael Jackson.

kucing gembira
Lagak gaya tariannya seperti seorang yang profesional.

Penjaga kucing ini sangat gembira apabila dia melihat aksi kucing dan gelagat haiwan kesayangannya ini. Dia tidak pernah menyangka bahawa kucingnya tidak berasa bosan walaupun ditinggalkan sendirian di rumah.

Malah, kehidupan sihat yang dijalani kucingnya adalah lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupannya sendiri. Sudah tentu tiada siapa akan menyangka aksi kucing sebegini rupa ketika berada sendirian di rumah.

aksi kucing comel
Pandai betul dia menari tapi sedar sedang dirakamkan.

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan sendiri dan ingin mengetahui kegiatan harian mereka, anda juga boleh memasang kamera di rumah anda. Siapa tahu apa yang bakal anda temui kelak mungkin sesuatu yang sangat berharga!

Dan pastinya anda akan terkejut melihat aksi kucing anda yang mungkin akan sama seperti kucing di atas yang dilihat sangat comel dan amat mengejutkan orang ramai kerana aksinya bersahaja. Sumber : Era Baru

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0