in

Resepi Cempedak Goreng Rangup dan Mudah (Cucur Goreng Cempedak)

Resepi cempedak goreng rangup tanpa telur mudah

Apabila musim buah cempedak pasti ramai ibu-ibu yang akan membuat cempedak goreng selepas terlalu banyak tersimpan di dapur. Selain dimakan begitu saja, jika tahu resepi dan cara goreng cempedak memang sangat sedap jika digoreng rangup.

Resepi cempedak goreng rangup mudah untuk dibuat dan bahan-bahannya pula tidak banyak yang perlu disediakan. Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai cara membuat yang tersendiri selain resepi bancuhan tepung yang berbeza-beza mengikut negeri.

buah cempedak goeng crispy
Buah cempedak sememangnya banyak digoreng selain dimakan begitu saja.

Zaman sekarang jika nak buat goreng cempedak tak perlu lagi susah-susah untuk mencari bahannya seperti tepung beras dan tepung gandum kerana banyak tepung segera dijual di pasaran antara yang sering menjadi pilihan utama adalah tepung goreng pisang Adabi.

Dengan tepung Adabi cempedak goreng tanpa menggunakan telur atau bahan lain untuk menggoreng, hanya bancuhkan tepung tersebut dan celup buah cempedak seterus digoreng begitu sahaja.

Saya ingin berkongsi dengan cara dan resepi saya yang tersendiri yang mana saya percaya ramai yang membuat cempedak goreng crispy dan rangup tahan lama dengan menambahkan bahan-bahan lain. Berikutnya resepi goreng cempedak versi daripada ibu saya sendiri.

Resepi Cempedak Goreng Rangup dan Sedap

cara buat cempedak goreng simple
Goreng cempedak lebih sedap jika diadunkan dengan tepung beras. – YatiKitchen
  • Buah cempedak (sebiji)
  • Tepung beras (Tepung goreng pisang Adabi)
  • Tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Marjerin atau Butter
  • Sebiji telur
  • Serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Air mengikut kehendak sendiri

Jika anda tidak mempunyai tepung Adabi anda boleh tukarkan kepada tepung beras dan tak perlu masukkan telur, butter atau marjerin kerana dalam tepung tersebut sudah pun dicampurkan dengan telur dan mungkin juga tepung jagung. Jika anda ingin menggoreng tanpa tepung beras pun boleh juga tapi mungkin rasanya agak berbeza.

cempedak goreng rangup walaupun sejuk
Tepung goreng pisang Adabi menjadi pilihan ramai untuk goreng cempedak.

Sukatan untuk setiap bancuhan tepung cempedak goreng pula perlu mengikut kuantiti buah cempedak. Saya hanya menggunakan satu senduk tepung beras (sesenduk tepung Adabi) dan sesenduk tepung gandum untuk sebiji buah cempedak.

Cara membuat goreng cempedak adalah dengan menyatukan semua bahan-bahan tersebut dan campurkan dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat, anda perlu masukkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan kepekatan adunan tepung yang sesuai.

Setelah siap diadunkan, hanya masukkan cempedak atau celupkan ke dalam adunan tepung seterusnya boleh menggoreng dengan jayanya. Saya gunakan senduk kecil apabila nak goreng dan dua biji atau tiga biji dalam setiap senduk untuk mendapatkan keropok atau kepingannya yang rangup atau crispy.

cucur cempedak rangup orang Kelantan
Resepi cempedak goreng yang ringkas dibuat dan hasilnya sangat best.

Akhir sekali sebelum diangkat, saya lebih suka menggunakan kertas tisu tebal untuk menyejatkan minyak gorengan. Pada saya walaupun cempedak goreng telah ditoskan masih lagi ada sisa-sisa minyak yang melekat pada goreng cempedak itu.

Apabila terlalu banyak minyak pasti ada yang tak selesa kerana terlalu banyak minyak. Keadaan ini akan membantutkan selera untuk menikmati cempedak goreng. Lain orang, lain caranya.

Video Cara Membuat Goreng Buah Cempedak

Berikutnya adalah tutorial dan resepi goreng buah cempedak menggunakan bahan yang berlainan ditunjukkan melalui video di YouTube.

Selamat memasak cempedak goreng.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments