in

‘VIRALNak ‘takeaway’ ada caj tambahan, Chef Ammar kesal pelanggan merungut

‘VIRALNak ‘takeaway’ ada caj tambahan, Chef Ammar kesal pelanggan merungut
Sudah menjadi kebiasaan bagi restoran atau kedai makan meletakkan caj tambahan untuk pelanggan mereka yang menggunakan perkhidmatan ‘takeaway’ atau membawa pulang bungkusan makanan.

BACA : “Orang Jumpa Gambar Saya Di Tempat Rawatan Bomoh Thailand” – UKE

Bagi tukang masak popular Chef Ammar Ali, dia berdepan pelbagai kerenah segelintir pelanggan yang merungut apabila perniagaan nasi Arab miliknya turut mengenakan caj seperti itu.

Takde untung pun dari kotak bungkusan tu!

Menerusi satu posting di laman Facebook, dia menjelaskan bahawa pihaknya perlu membuat ‘dua kerja’ terutama bagi pelanggan yang tidak habis menjamah di restoran dan mahu membungkus makanan mereka
Chef Ammar berkata, pihaknya perlu memberikan bahan seperti kuah atau sayur baru, berdasarkan kepada menu yang dipesan pelanggan ketika mereka makan di premis.

ADVERTISEMENT

“Assalamulaikum. Pelanggan kami memesan makanan dah tidak habis makan. Jadi dia mahu bungkus setiap benda dan kami perlu berikan dia salsa, kuah dan salad yang baharu.
“Bila kami letak caj tambahan bagi membungkus makanan, mereka terlalu merungut. Tolonglah, kotak makanan tu menelan belanja dan kami perlu melakukan kerja berganda untuk kamu.
“Saya tidak membuat duit daripada kotak makanan itu, harap anda memahami soal kos membabitkan penghasilan makanan dan perkara berkaitan,” katanya berasal dari Palestin.

Meninjau ke ruangan komen, posting berkenaan menerima hampir 900 komen netizen yang meninggalkan pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing.

Segelintir netizen yang juga peniaga menyatakan pendapat sama, malah terdapat juga individu meminta Chef Ammar bersyukur kerana perniagaannya menjadi terkenal di negara ini.
Kami peniaga pun ada masalah macam tu


Chef ni merungut aje!


Sepatutnya bagitahu awal2 ada caj


Sekarang ni semua barang melambung

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang di berikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Sumber: Facebook Masak dari Hati Masak with Iman

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0