in ,

Cita-Cita Yang Aku Semai Sejak Dulu Tanpa Jemu, Kini Tercapai Jua Selepas Berusaha..

Nama aku Farra, berumur 27tahun dan berasal dari negeri tercinta iaitu ‘Pulau Teluk Renjuna, Kelantan’. Sudah berkahwin, suami aku Suhaimi dan mempunyai seorang putera hati bernama ‘Aakif’. Aku lah ‘Mek Qlate dan Anak Pulau’ ?

Gambar hiasan

Bermula dari 2 tahun lalu iaitu 2015, masa nie aku baru kahwin. Sebulan selepas itu aku disahkan mengandung, Yeay! Aku dan suami sangat seronok.

Tapi kami hanya bekerja makan gaji biasa-biasa sahaja. Dari mula-mula mengandung hingga ke 9 bulan aku ke sana ke sini hanya dengan motor sahaja.

Tapi aku bersyukur walaupun aku lasak tapi Allah telah kuatkan kandungan aku. Aakif selamat dalam perutku sampai dia lahir ke dunia ini. Tak semua orang boleh lasak-lasak kan?

Setelah 9 bulan, maka lahirlah Aakif dengan comelnya. Bila berada dalam pantang, aku terus berfikir macam mana nak teruskan hidup sebab duit kami suami isteri amat-amat mencukupi.

Sekarang kami ada ahli baru, aku pun berfikir siang dan malam sampai tidur pun tak lena. Aku bertekad dan berkata ‘AKU KENA CARI DUIT LEBIH’ untuk bantu suami dan tanggung anak comel aku ??

Maka, aku cuba untuk membuat bisnes online iaitu menjadi seorang budak dropship. Sebab dropship nie mudah, aku tak perlu pening-pening kepala nak fikir stok, pos barang atau keluar modal.

Aku pun join dropship Larnie Scarves pada 19 Oktober 2016, dalam team ni aku seronok sangat sebab semua friendly. Leader aku iaitu ‘Faten NaBella’ yang tak putus-putus bagi nasihat dan kata-kata semangat.

Aku pun bertekad lagi untuk menjadi seperti dia yang ‘hebat’. Ya, dari hari itu aku mula membuat iklan di Wechat, Instagram dan Facebook. Siang dan malam tak kira masa aku buat posting. Aku tak peduli walaupun takde orang nak like posting aku. Yang penting aku nak berjaya berjaya dan berjaya. Dalam masa 2 minggu aku jadi dropship tu, aku dah jual tudung sebanyak 7helai, dapat la duit poket RM35, okay lah tu kan?

Gambar hiasan

Perasaan dia hanya Allah yang tahu betapa aku seronok sangat sebab dah terjual walaupun aku tiada pengalaman apa-apa dalam berniaga online. Hihi.

Aku pun buat keputusan untuk upgrade agen sebab aku dah ada keyakinan barang boleh jual. Aku keluarkan modal sebanyak RM700 dan apply menjadi seorang Agent Larnie Scarves Kuala Lumpur pada tarikh 10 November 2016.

Dalam tempoh 2 minggu 20helai tudung tadi habis terjual. WOW aku tak sangka! Alhamdulillah aku dah berjaya jual stok aku sendiri dengan licin. Sekarang aku selalu restock tudung berganda-ganda banyaknya.

Gambar hiasan

Sampai suami aku pun sakit bahu sebab angkat stok. Suami aku jugak banyak bantu packing stok, jaga anak dan bagi cadangan dalam berniaga, terima kasih abang ?

Pengalaman sedih dalam hidup aku adalah bila mengenangkan seorang anak iaitu Aakif, dia ke sana ke sini hanya dengan menaiki motor. Diwaktu hujan pula, Aakif hanya berselindung disebalik baju hujan. Aku sedih, aku menangis tengok dia, aku tak nak dia demam atau sakit, tapi hmm..

Sebab itulah aku makin bersemangat untuk teruskan perniagaan kecil ni. Kerana aku memikirkan Aakif, dia anak aku. Dia penguat semangat aku!

Bermula dari hari itu, aku membuat simpanan sedikit demi sedikit. Selepas 7 bulan aku berniaga, pemilik rumah sewa menawarkan untuk menjual rumah tersebut pada aku. Aku pun dengan beraninya, menjawab ‘SAYA NAK BELI RUMAH INI’.

Okay aku cuba apply loan rumah, aku tidak sangka loan tersebut berjaya lulus dalam tempoh hanya (2) minggu. Aku amat bersyukur, amat gembira dan aku pulang memberitahu suami tentang berita tersebut.

Gambar hiasan

Aku memang pernah ada cita-cita untuk memliki rumah sendiri tetapi aku tak mungkin boleh beli, kerana gaji aku kecik, aku tak mampu. Tapi tak sangka dengan berniaga kecil-kecilan tetapi ‘AKU BOLEH BELI APPARTMENT’!

Kemudian selepas sebulan lagi, dengan duit yang masih ada, aku berniat untuk memiliki kereta sendiri dan juga untuk keselesaan Aakif.

Aku cuba apply loan kereta pula, dalam masa 1 minggu loan tersebut lulus dan aku berjaya memiliki kereta sendiri iaitu ‘Suzuki Swift’, ianya adalah kereta idaman aku sejak berumur 18tahun lagi, sebab bentuknya yang sangat cute dan comel, aku memang suka.

Alkisahnya, masa tahun 2008, aku terpandang kereta ni dan terus berkata, ‘NANTI AKU DAH KERJA NAK BELI KERETA NI’. Kini aku dah capai cita-cita tu, hehehe seronok! Sebagai wanita, kita tak boleh lari dari meminati emas kan?

Aku membeli barang kemas pula sebagai koleksi dan kepuasan diri. Inilah hasil yang aku dapat selepas aku terjebak dengan Larnie Scarves. Inilah bukti dari diri aku sendiri, dalam tempoh (9) bulan, aku dapat semua ini ??

Sekarang aku masih gigih berniaga dan membuat iklan ke sana sini, aku tak pernah jemu, aku tak pernah patah semangat untuk terus berjaya, aku sedang berusaha lebih lagi untuk besarkan TEAMFARRAAVERE.

Sebab sekarang aku dah beroleh hasil-hasil dari titik peluh dan usaha aku sendiri. Jadi aku kena teruskan lagi untuk hasil seterusnya. Semoga Allah luaskan lagi pintu rezeki kami sekeluarga. InshaAllah! ❤️️ Redha dari suami, ibu dan ayah sangat penting ☺️

Aku, Farra.

Terima kasih Larnie HQ Iesdartia Rais

#Share dan #Tag rakan-rakan anda jika kisah ini boleh dijadikan inspirasi kepada ‘Online Seller’ yang lain ?

Wasap.my/60123289243

#teamfarraavere
#larniescarves
#dropshipwanted
#agentwanted
#stokiswanted

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments