in

Cuba Atasi Masalah Mata Rabun Dengan Tanaman Ajaib Ini..

Mengikut statistik dari kajian pada setiap tahun, lebih dari 30% penduduk di Malaysia mengalami masalah mata rabun. Pakar mata pastinya akan menyarankan mereka yang mempunyai masalah ini untuk menggunakan kaca mata tetapi tahukah anda ada tumbuhan yang boleh meningkatkan daya penglihatan mata anda secara semulajadi iaitu lidah buaya. Mungkin masih ramai yang belum tahu tentang keajaiban tumbuhan yang sangat istimewa.

Berikutnya adalah perkongsian yang sangat bermanfaat dari Petua Ibu tentang cara mengatasi masalah rabun di kalangan ramai orang yang mencari bagaimana vara dan petua untuk mata rabun.

Sebelum anda mengeluarkan dana untuk membuat cermin mata atau berjumpa doktor pakar mata, anda boleh mencuba cara baru menggunakan tumbuhan yang dapat meningkatkan ketajaman penglihatan mata anda secara natural. Tapi, sebelum itu anda perlu membuat ujian mata bagi memastikan tahap kesihatan mata anda.

Tanaman yang kami maksudkan ialah pokok lidah buaya. Lidah buaya mengandungi vitamin A, C, mineral, protein, dan lain-lain yang bagus untuk kesihatan mata bahkan untuk mata orang tua yang umurnya sudah lebih dari 70 tahun. Lidah buaya juga banyak digunakan untuk perawatan rambut dan juga kecantikan kulit.

Perlu diingat juga, memakai kacamata hanya membantu penglihatan kamu saja tanpa mengubati mata kamu yang rabun, jadi mata kamu tetap dalam masalah penglihatan yang sama. Dan masalahnya akan bertambah buruk jika kamu tidak mengetahui punca permasalahan tersebut.

Ini bahan yang diperlukan untuk mengubati mata anda yang rabun:

  • 100 gram jus lidah buaya (lidah buaya harus dicuci bersih dengan air dingin dan dibuang durinya)
  • 500 gram kacang kenari (walnut) yang sudah ditumbuk
  • 300 gram madu
  • 2-3 buah lemon

Cara pembuatannya sebagai berikut:

  • Cuci dulu semua bahan-bahannya
  • Buat dulu jus lidah buaya dengan sukatan 100 gram
  • Campurkan jus lidah buaya, walnut, madu, dan lemon yang sudah ditumbuk tadi ke dalam blender
  • Blender hingga semuanya tercampur rata
  • Bagaimana cara pengambilannya? Minum sebanyak 3 kali sehari dengan sukatan 1 sudu makan sebelum makan. Pengambilan secara rutin selama 10 hari sampai penglihatan kamu dirasa sudah agak baik dan jangan lupa simpan ramuan ini di dalam peti ais.

Ramuan ini juga tidak hanya bermanfaat bagi kesihatan mata, tapi juga bermanfaat untuk kesihatan tubuh kamu. Pastikan lidah buaya harus dari lidah buaya yang umurnya tidak lebih dari 3 tahun, kerana akan berbahaya bagi mereka yang mengidap penyakit TBC, kardiovaskular, kehamilan, dan penyakit lain.

Selamat Mencuba

p/s- Cara ini untuk mereka yang baru nak rabun dan masih power rendah

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments