in

Cara Daftar Akaun Tabung Haji di Maybank2u Guna Kad ATM Maybank

Cara daftar Tabung Haji ke Maybank

Membuat simpanan di Tabung Haji adalah satu langkah bijak menyimpan duit untuk mereka yang berniat menunaikan ibadah Haji atau Umrah. Perkhidmatan penyimpanan wang dan pengeluaran juga semakin mudah apabila Lembaga Tabung Haji juga berkerjasama dengan Maybank serta cara daftar akaun Tabung Haji di Maybank2u juga boleh dibuat dengan cepat.

Kelebihan dan kebaikan membuat simpanan dalam akaun Tabung Haji melalui Maybank bukan saja selamat malah ia juga mematuhi syariah dan hukum selain zakat pemilik akaun juga diuruskan serta turut diberi jaminan oleh kerajaan dengan pemberian hibah atau bonus yang sangat kompetitif selain hibah tersebut dikecualikan dari cukai pendapatan anda.

Cara daftar tabung haji anak di atm maybank
Menyimpan dalam Tabung Haji sangat digalakkan untuk menunaikan Haji dan Umrah.

Cara Daftar Akaun Tabung Haji di ATM Maybank

Mungkin masih ramai yang tak tahu untuk menggunakan perkhidmatan yang diwujudkan oleh Tabung Haji dan Maybank yang mana semua pendeposit atau penyimpan Tabung Haji boleh membuat transaksi pengeluaran wang, menyimpan dan transfer duit dengan hanya menggunakan Maybank2u secara online tetapi perlu daftar akaun Tabung Haji di ATM Maybank terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, untuk transfer duit Tabung Haji melalui Maybank2u, penyimpan perlu mempunyai akaun dan kad ATM Maybank serta perlu daftar akaun Tabung Haji mereka di mesin ATM Maybank untuk membolehkan mereka membuat transaksi yang diinginkan.

cara transfer duit dari atm maybank ke tabung haji
Buku akaun Tabung Haji baru dan yang lama banyak perbezaannya.

Ikuti perkongsian dari Puan Athirah Sharif ini yang berkongsi bagaimana cara untuk link atau menghubungkan akaun simpanan Tabung Haji ke ATM Maybank yang akan memudahkan anda untuk membuat berbagai transaksi di Maybank2u tanpa perlu beratur panjang di kaunter.

Rupa-rupanya mudah sangat nak link atau hubungkan Tabung Haji dengan Maybank menggunakan kad ATM. Sebelum ini lecehnya kalau setiap kali nak masukkan duit ke Tabung Haji perlu pergi ke bank semata-mata untuk deposit duit. Kalau anak ramai, macamana? Mesti ramai yang perlu dibawa.

no siri buku tabung haji baru
Nombor siri buku simpanan TH juga perlu diisi untuk mengesahkan akaun anda.

Selepas anda ikuti cara-cara yang ditunjukkan ini, anda terus boleh buat direct transfer ke Tabung Haji guna Maybank2u secara online saja. Nak daftar Tabung Haji anak di Maybank juga boleh dibuat dengan cepat tanpa bersusah payah lagi pergi ke bank.

Baca : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1300 (Akaun KWSP dan Tabung Haji)

Tetapi sebelum anda mendaftar, sila sediakan gambar muka surat buku akaun TH yang terdapat nombor akaun dan nombor siri tersebut. Kalau buku TH jenis baru, nombor siri terdapat di belakang muka surat yang terakhir.

1. Masukkan kad Maybank di mesin ATM seperti biasa dan masukkan password untuk membuat transaksi seterusnya dengan memilih urusniaga Tabung Haji seperti dalam gambar.

akaun tabung haji online
Gambar 1

2. Anda perlu memilih menu Daftar Akaun Tabung Haji Ke ATM Kad. Jika untuk anak, anda boleh buat pilihan akaun kanak-kanak seperti yang dipaparkan.

cara link tabung haji ke maybank2u
Gambar 2

3. Kemudian masukkan nombor akaun Tabung Haji yang mempunyai 15 digit kesemuanya, pastikan nombor tersebut tepat.

Daftar atm maybank
Gambar 3

4. Masukkan nombor siri buku akaun baru yang terdapat pada buku simpanan Tabung Haji.

pendaftaran akaun th ke maybank
Gambar 4

5. Setelah selesai memasukkan maklumat yang diperlukan, anda perlu klik YA untuk membuat pengesahan. Selesai.

Maybank2u online register untuk pergi haji
Gambar 5

Baca : Kemaskini Akaun Tabung Haji Segera Untuk Dapatkan Hibah Haji dan Hibah Tahunan

Berikut dikongsikan juga cara daftar akaun Tabung Haji online melalui Maybank2u guna kad ATM Maybank dengan rakaman video bergambar yang akan memudahkan lagi untuk anda faham bagaimana proses untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Semoga perkongsian cara daftar akaun Tabung Haji di Maybank guna kad ATM ini akan membantu anda untuk membuat sebarang transaksi sama ada pengeluaran atau membuat simpanan akaun anak secara online di Maybank2u dengan lebih cepat dan menjimatkan masa. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments