in ,

Dah Jadi ‘Jantan’, Kau Kacau Bini Orang! – Che Ta

Instagram Rozita Che wan

Sejam yang lalu, pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta, memuat naik gambar seorang wanita berperwatakan lelaki yang didakwa telah menganggu isteri orang.

Menerusi posting yang dimuat naik pelakon cantik dan isteri kepada Zain Saidin ini telah menarik perhatian ramai netizen yang turut sama mengecam tindakan individu terbabit yang dikatakan cuba mengacau rumah tangga orang lain.

Che Ta juga telah menulis beberapa perkataan yang dipercayai ditujukan kepada individu tersebut yang dilihat seolah-olah memberi amaran dan nasihat kepadanya.

“Allah dah bagi kau jadi perempuan, kau nak jadi jantan! Dah jadi jantan, kau kacau bini orang! Kau nak jadi apa sebenarnya? Jadi syaiton ka?

“Kau dok bersayang-sayang dengan bini orang, muntah la dik! Bulan-bulan puasa ni muhasabahlah diri. Nak jadi apa pun tak kisahlah. Jangan kacau hidup orang lain!

Menurut Che Ta, dia terpaksa mengambil tindakan memuat naik gambar wanita itu di akaun Instagramnya kerana wanita itu berdegil, biarpun telah dipujuk dan dimarah.

che ta
Via Instagram Rozita Che Wan

Tidak dapat dipastikan isteri siapa yang dimaksudkan oleh Che Ta, sama ada dirinya atau wanita lain. Walau bagaimanapun, netizen juga dilihat mempunyai pendapat mereka sendiri dan turut dapat mengagak siapakah isteri yang dimaksudkan Che Ta itu.

Posting tersebut juga disukai ramai netizen serta follower Che Ta sendiri yang kebanyakkannya amat menyukai posting berkenaan yang disifatkan sebagai satu pengajaran kepada individu yang dimaksudkan malahan boleh dijadikan teladan kepada orang lain.

Sumber: The Reporter

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0