in

Dahi Perlu Dijahit, Kemaluan Berdarah Teruk Akibat Didera Ibu Kandung Dan Kekasih

kes dera kanak-kanak

Kes penderaan kanak-kanak pada masa kini bukan lagi kes yang terbaru di Malaysia. Malahan sejak dahulu lagi berbagai jenis kes dera telah dilaporkan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sehingga berlakunya kematian.

Terkini seorang kanak-kanak perempuan telah mengalami pendarahan yang teruk pada kemaluannya dan dahinya juga perlu dijahit kerana dikatakan telah didera oleh ibu kandungnya sendiri bersama dengan teman lelaki ibunya.

kes penderaan
Gambar mangsa ketika berada di hospital menerima rawatan.

Pendedahan tentang mangsa dera itu juga telah didedahkan oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Dhia Syeeraz yang menyifatkan perbuatan itu sangat kejam. Mangsa dikatakan mengalami kecederaan di dahi sehingga perlu menerima jahitan dan hatinya juga dikatakan telah terkena jangkitan kuman.

penderaan budak
Kesan lebam yang dialaminya bukti betapa sakitnya ketika didera.
didera ibu kandung
Bukti yang menunjukkan kanak-kanak ini telah didera dengan kejam.

Bekas suami ibu mangsa (ayah kandung kanak-kanak malang itu) juga sangat terkejut dengan melihat keadaan anaknya dan melaporkan hal itu kepada pihak polis namun kes ini ditolak.

Lebih mengejutkan apabila laporan polis yang dibuat oleh ayah kandung mangsa dipercayai telah ditolak serta dianggap kes berkenaan tidak serius oleh pegawai yang bertugas dan ianya dikatakan memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan kes tersebut.

cedera selepas didera
Mangsa juga menerima jahitan di dahi akibat didera.

Disebabkan tidak berpuashati dengan kenyataan pegawai berkenaan, Dhia telah memilih untuk menyebarkan kejadian malang dan yang mengejutkan ramai ini di laman sosial Facebook dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian dari pihak polis agar kes ini diselesaikan dengan keadilan.

kes dera
Perkongsian dari Dhia Syeeraz

Melalui perkongsian Dhia juga ada menyatakan bahawa ibu mangsa dan teman lelakinya pada ketika itu di bawah pengaruh dadah yang kini sedang dalam perlarian ekoran kejadian ini. Dhia juga turut menyertakan beberapa gambar ibu mangsa dan teman lelakinya.

Perkongsian wanita telah mendapat perhatian ramai netizen yang menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap si pelaku agar keadilan terhadap mangsa yang masih kecil lagi diperolehi.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0