in

Daie Syed Dibebaskan 20 Tahun Hukuman Penjara, Ada Yang Tak Puas Hati??

daies syed

VIRAL! Daie Syed Dibebaskan Hukuman Penjara Tapi Ada Yang Tak Puas Hati?

~ Selepas dua tahun naik turun mahkamah, semalam (31/5/22, Selasa) pendakwah selebriti Daie Syed dilepaskan dan dibebaskan atas pertuduhan jenayah seksual.

Seperti yang dilaporkan dalam beberapa berita tempatan, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful akhirnya dapat menarik nafas lega apabila keputusan berpihak kepadanya serta meluahkan rasa syukur.

Sebelum ini, beliau telah didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan beliau. 

Daie syed

Daie Syed Luah Rasa Syukur Kerana Bebas Pertuduhan

Di kesempatan itu, beliau sempat menyatakan rasa syukur dan sebak setelah bebas dari pertuduhan yang didakwa. 

“Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Sebak, gembira dan pada masa yang sama syukur ke hadrat Allah SWT. Alhamdulillah…itu saja yang dapat saya luahkan pada ketika ini”.

“Tiada apa yang ingin saya luahkan pada ketika ini, hanya ucapan bersyukur kerana keputusan berpihak kepada saya.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi beliau sokongan selama kes ini berjalan. 

“Hanya ucapan syukur kepada Allah SWT. Dalam pada itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal,” katanya.

Wang Jaminan Dikembalikan

Pada 10 Disember 2020, Da’i Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berusia 22 tahun (ketika itu) dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Beliau dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta selepas laporan tersebut ditarik.

Bukan itu sahaja, wang jaminan sebanyak RM25,000 juga dikembalikan. 

“Saya bersetuju dengan hujahan peguam supaya kes ini dilepas dan dibebaskan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah bagi kedua-dua kes dan wang jaminan (RM25,000) dikembalikan,” – hakim 

Sebelum ini, Daie Syed telah didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Baca Juga: Papa jahat Dibunvh 3 anak perempuan yang tak tahan didera secara seksual & dipaksa gali kubur sendiri

Masih Ada Kes Pertuduhan Lain?

daie syed

Mengikut satu posting oleh seorang pengguna Twitter, Daie Syed masih lagi ada pertuduhan lain dan sedang berlangsung sesi mahkamah. 

daie syed

Dai Syed ada DUA court cases. One is from my friend & this girl. Yang tarik case is this girl, not my friend. We already attended 3 sessions since March 2022 – pengguna Twitter

Berikutan itu, ramai netizen lain turut meninggalkan beberapa komen. 

“thanks for clarifying, i was so disappointed pastu pening sebab dia punya statement mcm no pending case, dah lepas terus walaupun pendakwa kata still boleh proceed walaupun report dah tarik.”

“May Allah ease her. Yg dh tarik kes tu kita dh tak boleh buat apa2, yg your friend ni semoga terbukti lah”

“Bebas tuduhan atas faktor teknikal, pengadu seperti ada masalah untuk attend process mahkamah. Harap kawan saudari tetap fight kes ni, kes mcmni makan masa dan resources.”

“Semoga kwn u menang kes ni..”

“yg paling menakutkan bila case mcm ni susah nk dibuktikan. hope everything gonna be alright pada mangsa, jgn goyah teruskan ke mahkamah utk lawan”

Kesimpulan

Apapun semoga keadilan tertegak pada akhirnya tanpa sebarang provokasi dan diskriminasi. Sebagai orang awam, kita tidak perlulah melebih-lebih masuk campur dan serahkan segala urusan kepada pihak yang berwajib.

SUMBER: HARIAN METRO


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0