in

Dari Kecil Saya Minat Nak Jadi Ustaz Walaupun Belum Pandai Mengaji, Ustaz Ajar Ngaji Atas Katil Kerana Kurang Upaya

Dari Kecil Saya Minat Nak Jadi Ustaz Walaupun Belum Pandai Mengaji, Ustaz Ajar Ngaji Atas Katil Kerana Kurang Upaya

Dari Kecil Saya Minat Nak Jadi Ustaz Walaupun Belum Pandai Mengaji, Ustaz Ajar Ngaji Atas Katil Kerana Kurang Upaya
Al-Quran adalah kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada umat Islam di seluruh dunia. Ia mengandungi susunan daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’. Mereka yang membacanya akan mendapat 10 pahala untuk satu huruf apatah lagi yang mengajarkannya. Ikuti kisah kesungguhan seorang ustaz ajar ngaji atas katil yang boleh dijadikan pengajaran.

Ustaz ajar ngaji atas katil kerana kekurangan fizikal

Mohammad Azfar Mohd Yusuf, 34 tahun merupakan seorang pemuda yang tampak luarannya serba kekurangan tetapi luar biasa semangatnya dalam mendidik generasi muda tentang ilmu Allah SWT. Siapa sangka minatnya dari kecil untuk menjadi ustaz rupa-rupanya menjadi kenyataan.

Dahulunya dia mahu menjadi ustaz tetapi tidak pernah terlintas untuk menjadi ustaz yang mengajarkan Al-Quran. Hal ini kerana, pada ketika itu dia tidak pandai mengaji Al-Quran sama sekali.

Bekas murid Sekolah Kebangsaan Sungai Petani dan Maahad Tahfiz Huda ini akhirnya cuba untuk mendalami ilmu Al-Quran di peringkat awal dengan belajar dari beberapa orang guru agama yang dipanggil ke rumah bagi sesi pembelajaran secara perseorangan.

Ustaz Azfar mula mengajar Al-Quran pada tahun 2005 dengan seramai hanya 10 orang pelajar sahaja. Katanya dia seronok boleh menyampaikan ilmu agar ia kekal berkembang dan masyarakat sekeliling dapat mengutip ilmu serta kefahaman tentang Al-Quran.

Dari 10 orang murid sehingga 42 orang murid belajar Al-Quran

Jika di awal dia berkecimpung dalam dunia menjadi guru Al-Quran ini hanya 10 orang pelajar sahaja yang sudi belajar dengannya tetapi kini sudah 42 pelajar yang mendaftar dari lingkungan 5 hingga 17 tahun.

Dia yang mengajar di rumah, hanya terdaya mengajarkan di atas katil sahaja kerana keadaanya yang lemah dan tidak sempurna fizikal. Apabila di tanya bagaimana dia menarik perhatian budak-budak muda ini untuk mengaji rupanya-rupanya caranya sangat unik.

“Saya selalu hargai mereka. Setiap kali mereka mencapai prestasi yang baik, saya akan memberikan hadiah seperti permainan, bahan bacaan, aiskrim, atau apa-apa sahaja yang mereka suka. Dengan cara seperti itu, mereka akan memberikan perhatian dan akur dengan arahan memandangkan saya tidak mampu bergerak,” katanya sambil tersenyum.

Bahkan kerana kebatasan pergerakannya juga dia tidak mampu untuk mengawal semua anak muridnya serentak. Dia yang memberi fokus untuk mengajar ngaji akan meminta bantuan pelajar yang lebih berusia untuk mangawal pelajar yang lebih muda agar tidak membuat bising.

Kerjasama ini membuatkan suasana mengajar lebih selesa dan tenang sehingga pelajar lain dapat memberikan tumpuan penuh dari gangguan pelajar lain. Dalam kesibukan itu, Ustaz Azfar berasa terharu kerana dia bukan bukan sahaja diberi kepercayaan oleh ibu-bapa yang menghantar anak-anak belajar mengaji dengannya malah berpeluang untuk berkhidmat kepada masyarakat sekali gus menambah rakan dan kenalan.

Mengajar orang-orang tua melalui panggilan telefon dan WhatsApp

Jumlah pelajar yang kian bertambah memaksa Ustaz Azfar untuk mengehadkan sesi belajar dengan dibahagikan mengikut jam dan hari-hari tertentu. Oleh yang demikian, kesemua pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan adil dan menyeluruh.

Minat orang ramai untuk belajar Al-Quran dengannya tidak hanya kanak-kanak tetapi juga orang dewasa dan warga emas. Menurutnya, ada kala dia mendapat panggilan telefon dan kiriman WhatsApp untuk mengajar orang dewasa dari seluruh negara untuk memperbetulkan bacaan Al-Quran mereka.

Memang benar, internet dan teknologi yang ada di dunia sekarang ini banyak kebaikan dan kelebihan yang boleh dimanfaatkan sekiranya ia digunakan untuk sesuatu yang baik. Di akhir perbicaraan, sempat Ustaz Azfar meluahkan hasrat hatinya agar kisahnya ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk berazam meningkatkan ilmu serta pengetahuan dalam memantapkan penguasaan Al-Quran.

Dia yang sudah lebih 10 tahun mengajar Al-Quran pun masih dalam proses pembelajaran dan menambah ilmu dengan memanggil guru agama ke rumah bagi memantapkan penguasaannya. Sesungguhnya ilmu itu tidak akan pernah habis seperti mana tidak terhentinya mengalir air dari lautan.

Dan orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran itu akan mendapat ganjaran pahala sebanyak-banyaknya dari Allah SWT.

Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Sumber: Sinar Harian, majalahilmu.com

BACA : Rugi Tinggalkan Solat Sunat Qabliyah & Ba’diyah, Dua Rakaat Allah Janjikan Kita Rumah Di Syurga

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0