in

Data Kad Debit Dicuri Ketika Buat Tempahan Hotel Melalui Aplikasi Online

kelebihan dan kelemahan menggunakan kad debit

Semua pengguna sentiasa diingatkan supaya selalu berhati-hati sewaktu menggunakan perkhidmatan pembelian secara online termasuk memberikan maklumat peribadi dalam sistem perbankan di semua laman web supaya tidak berlakunya kecurian data atau kecurian duit dalam akaun bank.

Walaupun peringatan sebegini seringkali disampaikan, namun masih lagi ada kes yang sama tetap berlaku sehingga membabitkan kerugian ribuan ringgit. Penjenayah siber sememangnya sangat licik serta menggunakan berbagai taktik dan cara untuk memerangkap mangsanya.

Ini dapat dilihat kejadian yang serupa berulang-ulang seperti yang dikongsikan di laman sosial. Kes terbaru melibatkan seorang pengguna yang telah kerugian lebih daripada RM800 selepas maklumat dan data bank miliknya dipercayai telah disabotaj oleh individu yang tidak dikenali.

curi data online

Pengguna tersebut Ukay Sukaynnah berkongsi kejadian yang berlaku kepada dirinya di laman sosial dengan niat sebagai untuk peringatan bersama selepas menggunakan perkhidmatan pembelian secara online. Malahan beliau turut berpesan agar kita berhati-hati menggunakan laman Booking.com atau apa saja aplikasi online.

Kerana Data Kad Debit Dicuri RM800 Lesap

Semalam saya menggunakan aplikasi booking.com untuk membuat tempahan bilik hotel. Ketika saya mengisi borang tempahan itu, ada tertera bayaran dibuat semasa pendaftaran masuk di hotel. Jadi, dia meminta nombor kad debit atau kad kredit untuk pengesahan tempahan.

Kemudian, saya isi seperti biasa sebab sudah beberapa kali juga menggunakan booking.com ini. Tiada apa-apa masalah pun yang timbul sebelum ini. Tempahan yang telah saya buat itu berjaya dibuat pada jam 9.40 malam.

keburukan kad debit

Tidak beberapa lama selepas itu, saya ada menerima mesej pesanan ringkas (SMS) pada jam 11.29 malam daripada Maybank yang telah memaklumkan bahawa saya ada membuat pembelian online dengan menggunakan kad debit Maybank saya sebanyak dua kali iaitu dua transaksi.

Baca : Sekiranya Anda Menggunakan Kad Kredit Ketika Membeli-Belah, Sila Berhati-Hati Dengan Taktik Terbaru Ini.

tempah hotel melalui aplikasi

Pembelian saya yang pertama bernilai USD $80 dan pembelian yang kedua pula bernilai EURO 105.50 tanpa saya menerima sebarang SMS seperti TAC number atau MSOS Code sebelum itu. Saya hanya menerima SMS yang menyatakan bahawa transaksi itu telah pun berjaya dibuat.

Oleh kerana musykil, saya segera menghubungi Pusat Perkhidmatan Maybank untuk membuat aduan tentang perkara ini dan meminta supaya mereka segera membatalkan kad debit saya sebagai langkah awal berjaga-jaga.

transaksi online guna kad debit

penggunaan kad debit

Ya Allah, RM800+ itu jumlah yang sangat banyak, sama jumlah dengan yuran sekolah abang Khalish selama empat bulan. Waaaaa!

Pihak Maybank memaklumkan kepada saya bahawa mereka akan mengambil masa kira-kira 60 hari iaitu dua bulan untuk membuat siasatan tentang perkara ini. Tetapi mereka tidak memberi jaminan bahawa duit saya itu akan dapat semula atau tidak.

Duit RM800+ itu bukan dipotong oleh pihak booking.com, tetapi sebaliknya dari sebuah store di luar negara. Maklumat pembayaran saya di booking.com sudah tidak lagi selamat.

Ekoran kejadian yang tidak disangka-sangka ini, marilah kita semua sama-sama berhati-hati dan alert setiap kali ingin membuat sebarang pembayaran atau apa-apa transaksi secara online sebelum perkara yang sama berlaku kepada anda.

Sebelum ini, selalu juga saya menggunakan aplikasi ini untuk membuat pembayaran dan tempahan hotel. Tetapi tidak pernah pun menghadapi apa-apa masalah. Memang sudah ditakdirkan saya menerima ujian ini. Saya hanya mampu berdoa agar duit itu berjaya didapatkan semula.

Saya telah pun buat aduan kepada pihak Maybank melalui call pada malam kejadian dan juga telah pergi ke Maybank pada keesokkan harinya. Saya juga telah menghantar email kepada pihak booking.com serta membuat aduan melalui panggilan telefon. Memang agak susah untuk menembusi panggilan ke operator syarikat ini.

Katanya, dalam masa seminggu ini mereka banyak menerima aduan yang sama di mana pelanggan menempah hotel menggunakan kad debit, kemudian duit dalam bank dipotong oleh website-website yang lain. Amaun juga sama iaitu sebanyak USD $80 dan EURO 105.50.

Baca juga : Penipu Online Bijak Yakinkan Mangsa Yang Lebih Pandai (Scammer)

Saya sarankan dan menasihatkan anda semua pada masa ini, jangan guna aplikasi atau website itu untuk keselamatan bersama. Alhamdulillah, saya dapat email dari pihak booking.com tadi. Walaupun belum dapat semula duit, sekurang-kurangnya dapat maklum balas dari mereka. Mudah-mudahan murah rezeki kami.

Oleh itu, kita semua WAJIB berhati-hati ketika ingin membuat pembelian atau membuat sebarang pembayaran transaksi secara online supaya kes yang sama tidak lagi akan berlaku kepada diri kita. Tapi apakah jenis pembayaran secara online lebih selamat dan terbukti kita tidak akan mengalami kerugian? Jika anda tahu, sila kongsikan, mungkin ia akan berguna untuk semua pengguna lain.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments