in

Tiada Telefon Pintar, Tidak Tahu Netizen Kutuk Apa – Rosmah Mansor Dedah Rahsia Kebahagiaan

Laman sosial sememangnya menjadi lubuk fitnah pada zaman ini? Mungkin ramai yang bersetuju dan mungkin juga masih ada yang tidak bersetuju. Semua orang mempunyai pendapat masing-masing dan bebas untuk mengutarakan segala pandangan dan cadangan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, kerana media sosial, sesiapa sahaja juga boleh menjadi pembuli siber dan yang lebih teruk lagi sekiranya diri kita sendiri yang menjadi mangsanya. Bukan sahaja orang kebanyakan yang terkena tetapi termasuk juga orang kenamaan dan orang yang mempunyai nama besar juga langsung tidak terlepas dari menjadi mangsa pembuli siber.

Sumber: New Straits Times

Apabila berbicara tentang orang kenamaan dan politik, antara nama yang sering dijadikan sasaran utama adalah isteri Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Boleh dikatakan hampir setiap hari beliau dikecam dan dihentam teruk oleh netizen dengan berbagai jenis tuduhan. Tidak keterlaluan jika ianya dikatakan menjadi ‘makanan harian’ selepas di perlakukan sedemikian.

Sumber: The Sun Daily

Mungkin ada yang akan menjadi hairan selepas melihat beliau kelihatan tenang dan bersahaja menjalani kehidupan seharian seolah-olah tidak langsung terkesan dengan kata-kata dan cemuhan netizen di laman sosial.

Baru-baru ini melalui satu seminar jenayah yang diadakan, Datin Seri Rosmah telah mendedahkan rahsianya melalui laporan Free Malaysia Today.

Sumber: Straits Times

“Saya tidak memiliki telefon pintar, saya masih menggunakan telefon lama yang ‘antik’ berjenama Samsung.

“Pada saya, ini adalah kebahagiaan kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan teknologi canggih.

“Saya fikir ia adalah satu rahmat tersembunyi kerana semua cerita palsu tentang saya … Saya tidak tahu-menahu. Oleh itu, saya tidak emosional atau berasa tertekan tentangnya.”

Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ramai yang simpati dengan Datin Seri kerana menjadi mangsa buli siber.

Selain itu, Rosmah Mansor juga meminta supaya rakyat tidak mempercayai sebarang akaun palsu di media sosial yang menggunakan namanya.

“Saya tidak tahu bagaimana menggunakan Internet … Jika anda melihat laman Facebook ‘saya’, ia sebenarnya bukanlah milik saya,” tambahnya.

Apa pun, tiada siapa yang berhak membuli atau dibuli. Apa kata anda?

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0