Baru-baru ini heboh tentang kisah kontroversi cinta antara jutawan kosmetik yang terkenal Dato’ Vida dengan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli tersebar di laman sosial. Tiba-tiba hari ini timbul cerita lain pula yang dikatakan panas menyengat.
Melalui laporan Mstar, Dato’ Vida telah membuat keputusan untuk memindahkan pembantu peribadinya itu ke jabatan pemasaran yang terus berkuatkuasa pada Khamis lalu. Alahai, kenapa ni? Tiba-tiba je?
Keputusan drastik yang mengejutkan ramai pihak ini telah diambil beliau selepas isu percintaan yang dikatakan terpalit antara dirinya dengan jejaka yang bersai 23 tahun itu telah membuatkan maruah dan reputasi diri Dato’ Vida sebagai usahawan terkenal tercalar.
“Buat masa ini jawatan pegawai media dan pembantu peribadi yang disandang Ahmad Iqbal masih kosong dan hubungan saya dengannya tidak awkward serta tidak lebih daripada seorang majikan dan pekerja.
“Sebenarnya, Iqbal agak tergugat bila ditukar kerana tumpuan dia sudah berbeza. Lepas ni, dia kena hadap produk, hadap Pamoga dan bukannya hadap muka saya seperti sebelum ini,” kata Dato’ Vida.
Alahai, kesiannya. Kenapa? Iqbal bertepuk sebelah tangan ke ni? Macamana boleh jadi macam ni?
Kisah dan gosip percintaan antara mereka sedang hangat diperkatakan selepas anak perempuan Dato’ Vida yang bernama Cik B telah memuat naik satu posting di laman Instagram yang seolah-olah langsung tidak merestui perhubungan mereka berdua.
Dalam masa yang sama Iqbal juga dikatakan telah membuat kenyataan di media bahawa dia tidak menolak takdir seandaina jodohnya dengan majikannya itu ada.
Walau bagaimanapun, Dato’ Vida memberitahu bahawa pertukaran Iqbal ke jabatan baharu itu tiada kena mengena dengan entri yang dimuat naik Cik B, kononnya menjadi batu penghalang kepada perhubungan mereka.
Malahan Dato’ Vida juga turut mengakui bahawa dia berasa tersinggung dengan sesetengah kenyataan beberapa pihak yang beranggapan kebanyakan lelaki yang ingin mendekatinya tiada niat lain selain meminati kekayaannya sahaja.
“Saya terasa adakah saya ini tidak cantik walhal saya memiliki ciri-ciri impian yang diingini oleh seorang lelaki.
“I am fun, I am pretty, I am beautiful… seperti lirik lagu saya,” jelasnya optimis.
Its okay Dato’ Vida, apabila masana tiba nanti, pasti Dato’ akan temui cinta sejati yang Dato’ cari selama ini. Kepada yang ingin mengisi jawatan kosong tersebut segeralah memohon, manalah tahu, rezeki kan?
Loading…