in

“Saya Menaja Jutaan Ringgit, Suka-Suka Korang Saja Kutuk Saya Seorang Yang Kedekut” – Aliff Syukri

Sememangnya lumrah alam yang dikatakan rumah siap, pahat pun berbunyi. Pertandingan AF Megastar baru sahaja berakhir pada Ahad lalu, tetapi masih ada segelintir penonton setia khususnya netizen dilihat seperti tidak berpuas hati dan meluahkan pendapat mereka berikutan tentang isu hadiah yang telah diberikan kepada pemenang pertandingan itu.

Idayu selaku seorang juara pertandingan tersebut telah pun memenangi hadiah berupa wang tunai, pakej percutian ke Turki dan juga trofi. Tetapi, empat peserta akhir yang lain dikatakan hanya pulang dengan tangan kosong tanpa sebarang hadiah penghargaan, lapor BH.


Laporan Mstar, dek kerana kejadian tersebut yang telah berlaku, rata-rata netizen dilihat telah melemparkan kecaman terhadap Datuk Seri Aliff Syukri yang selaku sebagai penaja utama rancangan berkenaan dan dikatakan kedekut.

Kerana geram dan berang dengan kecaman tersebut, Aliff dilihat telah memuat naik satu posting dan rakaman video menerusi Instagram untuk memperjelaskan bahawa dia telah menaja program berkenaan dengan jutaan ringgit, tetapi dia tidak mempunyai hak untuk menentukan hadiah yang bakal diberikan kepada para pemenang.

Melalui posting Aliff di Instagram, dia menjelaskan, “Jangan salahkan saya… kalau anda rasa hebat sangat, anda sahaja yang taja!

“Saya menaja berjuta-juta (ringgit)… hak hadiah semua bukan hak saya… suka-suka korang je nak kutuk saya kedekut la, bagi hadiah kat sorang pemenang je lah.

“Kau ingat AF itu rancangan Aliff Syukri Kamarzaman ke? Tu rancangan Astro… ingat bila kita taja, kita boleh buat suka-suka ke apa yang kita nak?

“Saya ni bayar berjuta untuk taja jadi kalau anda semua tak tahu baik anda diam sahaja.”

jgn salahkan saya..kalau korang hebat sgt korang jee sponser . . aku sponser berjuta2 okey ..hak hadiah smua bukan hak saya..Suka2 korang je nak kutuk saya kedekut la bg hadiah kat sorang pemenang je lah….ko ingat af tu rancangan Aliff Syukri kamarzaman ke? tu rancangan astro…ingat bila kita sponsor kita boleh buat suka2 ke apa yg kita nak nak naik stage pun kena minta kebenaran..saya ni bayar berjuta ya utk sponsor jadi kalau korang2 tak tau baik korang diam jer ..korang tau tak nak cari duit ni aku separuh mampus korang nmpak aku seronok jee tp aku memngagau cari duit nak bayar kat astro korang pikir tak??…korang ni mmg dah terbiasa mengutuk jadi ada je benda yg di cari salah…padahal x ada kaitan pun dgn saya . . . Saya ni pun tak berapa pandai tapi tak lah sampai nak lebih2 tunjuk pandai mcm korang ni…Ingat kita ni sponsor suka2 ke? tau tak kita ni sponsor sbb nak dapat airtime iklan,nak promosi produk sbb rancangan tu ratingnya tingginjadi banyak orang tengok…kalau saya x sponsor pun af tu tetap juga berjalan ya awak2 semua yg suka sangat nak cari salah orang ni…buka mata dan buka sikit minda tu……

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Sementara itu, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris dalam satu sidang media menjelaskan bahawa kesemua peserta yang bertanding pada malam tersebut sudah mendapat hadiah masing-masing.

Walau bagaimanapun acara tersebut tidak dilakukan secara terbuka, malah pada setiap minggu kesemua peserta diberikan elaun dan tidak bertanding secara percuma. Oh begitu rupanya.. salah anggaplah ni!

“Walaupun kita hanya umumkan hadiah juara sahaja tetapi sebenarnya empat lagi finalis turut mendapat hadiah sama rata kerana tiada tempat kedua atau ketiga dalam AF Megastar. Jadi ia bukan isu sama ada hanya Idayu sahaja mendapat hadiah,” jelasnya.

Pertandingan akhir AF Megastar telah menyaksikan Idayu diangkat menjadi juara dan mengetepikan empat finalis lain iaitu Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.

Kesian Datuk Aliff, tak baik korang tuduh dia, bersangka baik kan lebih baik. Lagi pun dah habis pun AF Megastar tu.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0