in , ,

Minum Jus Daun Pegaga Sekali Seminggu Kulit Akan Sihat Dan Cantik Awet Muda Secara Semulajadi

Daun pegaga memang sangat dikenali di Malaysia sebagai sejenis ulam yang mempunyai kebaikan untuk kesihatan dalaman dan luaran. Khasiat pegaga telah terbukti mampu mengubati banyak jenis penyakit malahan ianya dikatakan paling mujarab untuk kecantikan wanita dan juga lelaki.

Pegaga atau turut dikenali sebagai Centella Asiatica ini dikatakan banyak terdapat di beberapa negara seperti Jepun, China, India dan juga Indonesia. Pada masa kini, selepas beberapa kajian pakar, ianya turut mendapat perhatian dunia selepas mereka mula menyedari akan kebaikan serta khasiatnya yang tersendiri.

daun pegaga
Dalam banyak jenis-jenis pokok pegaga. Pegaga kampung dikatakan lebih baik dari semua jenis daun pegaga.

Pokok pegaga sangat mudah ditanam dan akan lebih subur jika tanaman ini diletakkan di kawasan yang berair. Pegaga yang segar biasanya boleh dimakan sebagai ulam dan dikunyah begitu sahaja. Ia turut dijadikan bahan dalam perubatan tradisional sama ada direbus dan dikisar menjadi jus minuman yang amat menyegarkan.

Daun pegaga sememangnya terkenal dengan kebaikannya untuk kulit, ia digunakan sebagai cara untuk merawat luka atau parut serta masalah selulit yang dialami oleh seseorang wanita. Pengambilan pegaga juga dikatakan mampu memberikan wajah seseorang itu lebih berseri dan awet muda jika diamalkan memakan atau meminum air rebusan daun pegaga selain turut meningkatkan peredaran darah dalam badan.

Khasiat pegaga dan epal hijau
Jus pegaga juga boleh dicampurkan dengan epal hijau yang sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Sumaiyah Abdullah antara orang yang mengamalkan meminum Jus Pegaga yang dibuat sendiri. Menurutnya, khasiat daun pegaga sangat baik untuk kecantikan kulit dan kesihatan badan. Berikutnya perkongsian beliau tentang petua tradisional yang menunjukkan cara buat jus pegaga sendiri di rumah.

Nak kulit sihat dan cantik semulajadi kan. Minumlah jus pegaga. Sekali seminggu mesti saya minum. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu.

Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkanlah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur.

Saya share resepi kat sini.

Resepi Jus Daun Pegaga

Jus pegaga
Pegaga juga dikategorikan sebagai salah satu jenis herba yang terbaik.

Bahan-bahan:

  1. Daun pegaga 7-11 helai
  2. 1 gelas air suam
  3. Madu atau raw cane sugar
  4. Susu segar atau susu tepung (option)

Cara Membuat:

Kisarkan daun pegaga bersama air suam. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu. Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum. Amalkan jus ini sekali seminggu.

Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam senarai korang. Insha Allah berkesan.

Selamat mencuba.

INFO:

Cara tanam pegaga sangat mudah dan akan lebih senang jika kita mempunyai ruang atau halaman tanah yang luas. Lebih-lebih lagi jika tanah di kawasan rumah subur, lembap dan mempunyai saluran air seperti parit kerana pegaga mudah ditanam di kawasan yang berair.

BACA JUGA : Air Kulit Delima Lebih Berkhasiat Daripada Isinya, Baik Untuk Kesihatan Luaran & Dalaman, Ramai Tak Sangka!

Jus daun pegaga
Keadah menanam pokok pegaga sangat mudah kerana pokok herba ini mudah hidup jika mempunyai air yang cukup.

Untuk menanam pokok pegaga di dalam pasu pula, kita boleh menggunakan medium tanah daripada tempat sampah yang dibakar atau dengan menggunakan sabut kelapa (Coco Peat) yang boleh dibeli di Nursery dan sebagainya. Selain itu, pegaga juga boleh ditanam secara hidroponik yang kini banyak dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai ruang tanah yang sesuai.

Tanamkan pokok pegaga di dalam pasu atau tanah dengan memasukkan pegaga yang masih mempunyai akar. Kemudian, basahkan tanah tersebut lalu ditanam dan pastikan tanah tersebut sentiasa lembab walaupun berada di bawah cahaya matahari. Pegaga akan menjadi lebih subur sekiranya anda meletakkan baja penggalak daun yang boleh dibeli dan pastikan kuantiti baja tidak melebihi dari sukatan yang diberikan.

Jus daun pegaga
Pegaga kini menjadi kajian barat untuk perubatan dan kesihatan manusia.

Sehingga kini daun pegaga telah dikomersialkan selepas ramai yang mendapat tahu tentang kebaikannya malahan pegaga juga telah diekstrak dijadikan sebagai kopi pegaga dan berbagai jenis kopi yang mengandungi pegaga yang kini telah dijual di pasaran.

Khasiatnya terlalu banyak untuk disenaraikan sehingga menarik minat barat untuk membuat kajian yang kini telah dilakukan dan dikomersialkan dalam perubatan. Mulai hari ini, kita boleh mengamalkan dengan memakan atau meminum air dari pokok pegaga ini untuk kesihatan luar dan dalaman untuk semua lelaki dan wanita.

Semoga bermanfaat.

BACA JUGA : Resepi Air Serai Mujarab Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Dari Bidan Mengurut

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments