in

Demi Menuntut Ilmu Kanak-Kanak Ini Sanggup Pertaruhkan Nyawanya

Demi Menuntut Ilmu

Demi Menuntut Ilmu, bahaya pun sanggup diredahinya. Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi kepada segelintir dari kita.

Demi Menuntut Ilmu

Kita sangat diajibkan untuk menuntut ilmu, terutama sekali bermual dari tadika sehinggalah apabila usdah menginjak dewasa. Ilmu pengetahuan ini sangat luas dan tidak akan habis sampai bila-bila. Disebabkan itulah, kita kena selalu menuntut ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan anak-anak kita, setiap ibu bapa sudah pastilah mahukan anak-anak mereka mendapat ilmu yang mencukupi demi untuk masa depan anak-anak dan mahu melihat anak-anak berjaya untuk masa depan mereka.

Tidak hairanlah ada ibu bapa sanggup menyediakan segala kemudahan yang terbaik dan memilih sekolah atau institusi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Demi Menuntut Ilmu dengan selesa, pelbagai kemudahan juga disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar-bandar di negara kita

Demi Menuntut Ilmu, Pengorbanan Adik Ini Buatkan Kita Menangis Dan Bersyukur Dengan Apa Yang Kita Ada

Namun, dalam anak-anak kita mengecapi kemewahan dan sedikit keselesaan sewaktu menuntut ilmu, masih ada mereka di luar sana yang sedang bergelut dan sedang berusaha untuk menuntut ilmu walaupun mereka serba kekurangan.

Demi Menuntut Ilmu

Mungkin ada yang tidak menyangka, pada era moden dan kemajuan yang dikecapi oleh negara kita masih ada lagi, murid di luar sana terpaksa melalui perlabagi cabaran demi menuntut ilmu.

ya memang benar, masih ada lagi yang menghadapi kesukaran dalam menuntut ilmu disebabkan tiada kemudahan akses jalan yang sempurna untuk mereka pergi ke sekolah. Perkongsian kali ini adalah perkongsian dari pemilik aakaun Facebook bernama Terry Ladas iaitu mengenai satu video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak yang menyeberangi sungai untuk pergi ke sekolah.

Apa yang membuatkan mereka yang menontonya merasa sedih ialah cara mereka menyeberangi sungai tersebut memang nampak mengerikan dan sangat merbahaya. Mana tidaknya, untuk menyeberangi sungai tersebut mereka perlu bergayut dalam sebuah tong dan akan digelongsorkan ke seberang.

Baca Juga: Pengasas Bulan Bintang Dituduh Guna Kabel, Abang Tampil Beri Penjelasan

Kanak-Kanak Mempunyai Hati Yang Kental Untuk Belajar

Dari video ini, ramai yang kagum dengan semangat kanak-kanak tersebut dalam menuntut ilmu kerana sanggup menempuh segala halangan. Dalam masa yang sama kita yang lihat video tersebut juga akan mula merasa risau sekiranya tali yang digunakan putus dan kanak-kanak tersebut jatuh dalam sungai yang sangat deras.

Demi Menuntut Ilmu

Dalam masa yang sama ia menunjukkan bahawa walaupun mereka serba kekurangan tetapi ia bukanlah penghalang untuk mereka demi menuntut ilmu. Apa yang penting ialah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan ia juga mengajar kita untuk merasa bersyukur dengan segala kemudahan yang telah kita kecapi.

Bagi pihak yang bertanggungjawab pula, ramai yang berharap agar YB dapat turun padang dan melihat permasalahan yang dihadapi serta dapat mencari penyelesaian yang terbaik supaya lebih memudahkan pergerakan penduduk setempat dan juga kanak-kanak untuk pergi ke sekolah.

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0