in

Persembahan Dikir Barat Tertinggi di Dunia, 30,000 Kaki Dari Aras Laut

dikir barat luar negeri

Siapa sangka Dikir Barat yang merupakan satu warisan budaya turun temurun sejak dahulu kala yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darul Naim akhirnya mampu menarik minat rakyat China.

Memetik laporan Harian Metro, sambutan budaya seni nyanyian yang unik ini bukan sahaja terhad di Malaysia sahaja, malah ianya juga menarik minat rakyat China apabila pasukan dikir barat Arjunasukma berjaya memenangi Anugerah Prestasi Cemerlang pada Expo Industri Pelancongan Antarabangsa 2017 di Guangdong, China baru-baru ini.

persembahan dikir barat tertinggi

Lebih manis lagi, ketika dalam perjalanan pulang dari Guangzhou ke Pulau Langkawi, pasukan dikir barat tersebut sempat membuat persembahan secara spontan selama tiga minit dalam pesawat dan disambut baik penumpang yang 90 peratus adalah warga China.

Difahamkan, video persembahan dalam pesawat Air Asia yang dirakam pada Isnin lalu itu menjadi tular di laman sosial selepas dianggap sebagai persembahan dikir barat tertinggi di dunia dengan 30,000 kaki dari aras laut.

Menurut pengarah Akademi Arjunasukma Mohd Sulhie Yusuf, dia bersama 14 pendikir yang lain bersyukur apabila impian mereka itu tercapai selepas Air Asia sebagai penaja penerbangan mereka ke Guangzhou membenarkan untuk membuat persembahan dikir barat dalam kapal terbang.

kenangan persembahan di guangzhou

kumpulan dikir barat luar negara

“Pada mulanya kami tidak yakin mereka memberi kebenaran. Tetapi apabila kami menyatakan niat kami kepada ketua pramugara, dia juga teruja untuk melihat persembahan kami.”

“Selepas 40 minit, kami difahamkan cuaca dalam keadaan baik lalu ketua juruterbang membuat pengumuman bahawa kami akan membuat persembahan dikir barat dalam masa tiga minit.”

“Apa yang menggembirakan apabila semua penumpang yang majoriti dari China menyertai kami dengan bertepuk tangan sehingga ada yang membuat permintaan supaya jangan berhenti.”

Rekod Dikir Barat Tertinggi Di Dunia30,000 kaki dari aras laut… penerbangan dari Guangzhou China ke Pulau Langkawi.Jutaan terima kasih kepada AirAsia

Publiée par Akademi Arjunasukma sur Dimanche 10 septembre 2017

Tambahnya lagi, dia menyifatkan peristiwa itu adalah kenangan paling manis buat Arjunasukma kerana menjadi pasukan dikir barat pertama yang membuat persembahan “tertinggi di dunia” selain kejayaan mereka diiktiraf di Guangzhou.

Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan dikir barat yang terlibat kerana telah berjaya mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia. Semoga terus berjaya di masa akan datang.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0