in

PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik 2019 Sempena Bulan Kemerdekaan

diskaun saman trafik 2019

Sekali lagi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun saman trafik 2019 sehingga 50 peratus merangkumi berbagai jenis saman trafik yang layak untuk dikurangkan bersempena dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad, sebanyak enam kaunter dibuka disediak untuk orang ramai membuat sebarang semakan serta bayaran saman yang dibuka bermula pada pukul 8 pagi sehingga jam 6 petang pada 3 dan 4 Ogos di Dataran Pahlawan, lokasi pelancaran itu.

“Kebiasaannya program ini mendapat sambutan. Oleh itu, orang ramai termasuk pengunjung dari luar Melaka yang mempunyai saman tertunggak boleh mengambil peluang ini untuk membayar saman masing-masing.

“Namun, terdapat beberapa jenis saman iaitu saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman Op Selamat tahun semasa tidak layak mendapat diskaun ini,” katanya di sini, hari ini.

bayar saman online
Kaunter bayaran dan semakan saman dibuka sempena pelancaran bulan kemerdekaan. – Facebook

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama MelakaFM mengenai majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019, di sini.

Afzanizar berkata PDRM yang turut terlibat sebagai pempamer sempena majlis pelancaran tersebut, mempelawa orang ramai termasuk suri rumah mendaftar sebagai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan Skuad Aman Wanita (Amanita) pada hari berkenaan.

Artikel Berkaitan: Cara Semak Saman Polis Trafik JPJ dan AES (Semakan Online dan SMS)

Sementara itu, beliau berkata tiada penutupan jalan-jalan utama dilakukan pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan disempurnakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Sabtu ini.

“Bagaimanapun penutupan jalan dilakukan secara berperingkat hanya melibatkan sebahagian Jalan Parameswara berhampiran pentas utama ketika acara itu bagi memberi laluan masuk kereta-kereta tetamu kehormat dan pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019.

“Bagi acara Larian Merdeka pada Sabtu ini yang melibatkan acara larian jarak sederhana iaitu 3.8 kilometer, penutupan jalan dilakukan secara berperingkat mulai 7 pagi di depan Dataran Pahlawan dan beberapa jalan lain di sekitarnya dan dijangka dibuka sepenuhnya selewat-lewatnya pada tengah hari,” katanya. – Sumber : BERNAMA

Kepada anda yang mempunyai banyak saman sila ambil peluang ini untuk menbayar saman dengan kadar diskaun saman trafik 2019 seperti yang ditawarkan oleh pihak berkuasa PDRM.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Loading…

0

Comments