in

Bersedih Kerana Fitnah? Baca Doa Difitnah dan Doa Dizalimi Orang

doa difitnah dizalimi orang

Dituduh, difitnah atau fitnah dunia memang amat menyedihkan. Kerana fitnah juga manusia boleh berbunuh-bunuhan serta bermusuhan. Ia juga pasti akan merosakkan hubungan sesama keluarga dan saudara mukmin kita.

Oleh sebab itulah kita semua dikehendaki mengkaji atau siasat terlebih dahulu apakah punca berita dan khabar yang telah kita terima sebelum menyebarkan kepada orang lain supaya tidak difitnah. Kerana ditakuti apa yang kita lakukan itu menjadi fitnah yang tidak berasas sama sekali.

Lebih baik diam sekiranya kita sendiri tidak pasti tentang akan sesuatu perkara yang kita dengar atau baca. Sebaiknya disiasat dulu barulah kita tahu tentang kebenaran sesuatu berita atau perkhabaran yang disampaikan.

Di dalam Al Quran surah Al Baqarah; ayat 191 tercantum kalimah “Wal fitnatu asyaddu minal qotli” yang ertinya “Dan fitnah itu lebih sangat (dosanya) daripada pembunuhan.”

Imam Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, Ad Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengertikan “Fitnah” ini dengan makna “Syirik.” Jadi Syirik itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Wallahua’lam.

Doa Difitnah Orang atau Dizalimi

Jika anda terjebak dalam fitnah, bacalah Surah Yasin Ayat 76 iaitu doa difitnah orang sekiranya anda sedang bersedih kerana difitnah. Begitu juga jika anda dianiayai, bacalah doa apabila dizalimi orang, insya Allah anda akan tenang.

Surah Yassin Ayat 76

doa difitnah orang
Maksud Dalam Rumi:

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

Bacalah Surah Yasin ayat 76 tersebut untuk mententeramkan hati apabila difitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Bacalah sambil pegang dada anda dengan sabar dan tenang.

Sesungguhnya kita bergantung harap pada Allah kerana Dia yang mencipta kita serta Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Jangan kerana difitnah dan dizalimi kita hilang pedoman hidup.

Tafsir ayat 76, surah Yasin (sumber: Tafsir Sunnah)

فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ

Maka janganlah mendukacitakan kamu perkataan-perkataan hina mereka kepada kamu;

Allah memujuk Nabi Muhammad:

Jangan kamu bersedih dengan kata-kata mereka itu. Allah nak pujuk hati Nabi dan para pendakwah sebab Nabi Muhammad adalah seorang yang sensitif.

Dia tahu apakah yang akan terjadi kepada kaumnya kalau mereka menolak ajakan tauhid itu. Dia sayangkan kaumnya. Oleh itu dia bersedih sangat.

Sebab itu Allah pujuk Nabi untuk meneruskan apa yang baginda sedang buat. Jangan hiraukan apa kata mereka. Kerana apa yang Nabi sedang buat adalah perkara yang benar.

Doa Dizalimi Orang

cara doa orang yang teraniaya

Dalam ayat ini, Allah bercakap terus kepada Nabi Muhammad. Ini adalah sebagai menunjukkan kasih sayang Allah kepada Nabi.

إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ

Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati mereka;

Contohnya, ada yang tak suka dengan dakwah yang kita bawa kepada mereka tapi mereka cakap dalam hati sahaja.

وَمَا يُعْلِنُونَ

dan apa yang mereka lantangkan dengan suara mereka;

Ini adalah jenis yang menzahirkan perasaan tidak suka mereka secara berdepan semasa jumpa dengan orang yang memberi dakwah. Ada yang cakap berdepan, ada yang cakap di belakang. Semuanya Allah tahu belaka. Tidak boleh sesiapa pun boleh menyembunyikan walau apa pun dari Allah.

Allah membiarkan sahaja perbuatan mereka menghina Nabi dan pembawa risalah itu. Mereka itu sebenarnya menambahkan dosa mereka sahaja. Semua akan dibalas di akhirat kelak.

Allah nak beritahu dalam ayat ini bahawa Allah bukan tidak tahu perbuatan mereka itu. Allah catit semua sekali perbuatan mereka, samada mereka zahirkan atau tidak. Maksudnya, Allah akan balas perbuatan mereka itu.

Baca : Doa Terhindar Dari Ditipu, Dikhianati dan Dianiayai atau Teraniaya

Selain itu anda juga boleh membaca doa difitnah atau dizalimi daripada ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 205 seperti yang dikongsikan di bawah.

Doa Ketika Dizalimi Seseorang dan Difitnah

doa dizalimi orang atau kerana fitnah

Semoga kita mendapat iktibar daripada tafsiran ayat 76 Surah Yasin dan Surah Al-Baqarah di atas. Semoga perkongsian doa apabila difitnah serta doa ketika dizalimi orang ini akan bermanfaat kepada anda. Jika rasa kecewa, amalkanlah doa serta ayat-ayat Al-Quran pasti anda akan selamat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0