in

Doa Untuk Arwah Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia (Ayah & Mak)

doa untuk arwah ibu bapa

Doa untuk arwah orang tua yang telah meninggal dunia iaitu kedua-dua ibu bapa kita yang amat berjasa kepada semua anak-anaknya. Jasa ibu yang mengandungkan kita dan bakti bapa yang membela kita sehingga dewasa tidak mampu dibalas dengan emas permata atau wang ringgit.

Jadi, apabila ibu dan bapa sudah meninggal dunia atau kedua-duanya telah pun kembali ke rahmatullah, sebagai seorang anak wajib bagi kita untuk memberikan bantuan yang terbaik untuk membalas segala jasa baik mereka terhadap kita.

Biarpun jasa dan kasih sayang ibu bapa tidak dapat dibalas tetapi doa untuk arwah ibu bapa daripada seorang anak yang soleh dan solehah sangat mustajab serta dapat meringankan beban mereka ketika mereka di alam barzakh atau sekurang-kurangnya mereka ditempatkan di tempat yang lebih baik di sisi Allah SWT.

Sebagai satu tanda penghargaan kerana kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya, doa daripada anaklah yang terbaik untuk mendoakan mereka yang sudah meninggal dunia kerana itulah kewajipan seorang anak terhadap ibu bapa dengan doa yang berterusan.

Doa Untuk Arwah Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Doa untuk arwah ibu bapa adalah pemberian yang paling berharga daripada anak kepada kedua-dua orang tua yang telah meninggal dunia dan itulah perkara yang ditunggu-tunggu oleh roh arwah ibu dan bapa yang telah pulang ke rahmatullah.

Oleh itu, mulai sekarang, jangan sekali-sekali seorang anak itu lupa untuk doa atau sedekahkan kepada mereka berdua. Doa seorang anak yang soleh kepada ibu atau ayah adalah amalan yang boleh membantu serta penyambung pahala mereka ketika di alam barzakh.

Baca : Arwah Pergi Betul-betul Depan Makam Rasulullah, Kematian Dicemburui Ramai

Berikut adalah doa untuk orang yang telah meninggal dunia yang boleh seorang anak bacakan untuk arwah ibu dan bapa serta dijadikan amalan harian berterusan setiap hari tanpa henti.

Doa Untuk Arwah Ibu (Perempuan)

ibu bapa yang telah meninggal dunia

Doa Untuk Ibu Rumi

doa untuk arwah mak

Maksud Doa dan Terjemahan

doa untuk arwah ayah

Baca : Tanda-Tanda Kematian Bagi Orang Islam Yang HARUS Kita Tahu!

Doa Untuk Bapa (Lelaki)

almarhum ayah tercinta

Doa Untuk Ayah Rumi

doa anak untuk arwah ibu bapa

Doa Untuk Orang Yang Meninggal Dunia Lelaki & Perempuan

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menghadapi saat kematian yang datangnya tanpa diundang dan tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT yang tahu segalanya. Begitu juga arwah ibu bapa kita yang telah meninggal dunia yang pergi meninggalkan kita secara tiba-tiba.

Semoga perkongsian doa untuk arwah ibu bapa yang telah meninggal dunia ini akan dapat membantu anda untuk terus berdoa untuk kebaikan mereka di alam sana. Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0