in ,

Usia Bayi Baru Masuk 2 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Telah Latih Anaknya Meniarap. Kelebihan Ini Ramai Ibu Ayah Tak Tahu

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, dikhabarkan baru sahaja menimang cahaya mata kembar pada beberapa bulan lalu. Kehadiran si kembar comel ini jelas menunjukkan kebahagiaan terpancar di wajah angkasawan negara ini.

Beliau kelihatan selalu berkongsi tentang pengalamannya dan perkembangan bayi kembar lelakinya itu di laman Instagram. Bukan sekadar hanya berkongsikan gambar, sebagai seorang doktor, beliau turut berkongsi berbagai informasi yang sangat berguna kepada pengikutnya di laman sosial itu.

Beberapa hari lalu, Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi tentang bagaimana kelebihan bayi yang dilatih meniarap atau merangkak di awal usia. Yang amat menarik, bayi kembarnya yang berusia dua bulan itu sudah pun diajar melakukan perkara berkenaan di awal usia dua minggu selepas dilahirkan.

Melalui Vanilla Kismis, beliau turut menerangkan bagaimana sebenarnya terdapat begitu banyak kebaikan sekiranya bayi yang diajar melakukan apa yang disebut tummy time ini sebaik sahaja ia dilahirkan.

Penerangan beliau begitu bersahaja dan sangat sesuai dibaca oleh mana-mana ibu bapa di luar sana untuk dijadikan sebagai persediaan bagi mendidik dan menjaga anak di usia bayi. Ikuti perkongsian Dr Sheikh Muszaphar seperti berikut.

Latih Adam merangkak pada usia dua minggu

Pic – Training Adam to crawl at 2 weeks old . It's important to have lots of tummy time on the newborn . I started tummy time on my children right after birth including the girls . This will strengthen their back and neck . Newborns are like turtles where they don't like to be carried upside down . And the louder they scream during tummy time the better as it expands their lungs tremendously . Also do stimulate their light reflex – as newborns only able to see black & white during these times . Also do stimulate their Babinski reflex – which will help the babies to walk at an earlier age . I remembered Bella started walking at 8months and Tasha at 7months which was an achievement …. For those with newborns , it's never too late to start . ?

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

“Penting sebenarnya untuk bayi baru lahir melakukan aktiviti meniarap atau tummy time. Saya mulakan tummy time pada anak sebaik mereka dilahirkan termasuklah anak perempuan saya.

Aktiviti ini akan menguatkan bahagian belakang dan juga leher mereka. Bayi baru lahir boleh kita ibaratkan seperti kura-kura, mereka tidak suka diangkat dan diposisikan dalam keadaan menelentang.

Dan lagi banyak mereka menjerit atau menangis ketika tummy time adalah lebih baik kerana ia akan mengembangkan paru-paru mereka.

Stimulasikan juga refleks cahaya untuk mereka kerana bayi baru lahir hanya dapat melihat hitam dan putih saja ketika ini. Selain itu stimulasikan Babinski reflleks di bahagian kaki yang boleh membantu bayi berjalan lebih awal.

Saya ingat lagi Bella sudah mula berjalan pada usia lapan bulan dan Tasha pada usia tujuh bulan yang mana pada saya satu pencapaian. Jadi sekiranya anda punya anak bayi baru lahir belum terlambat untuk melakukannya.”

Semoga bermanfaat kepada semua ibu bapa di luar sana yang masih lagi belum tahu tentang seperti apa yang dikongsikan oleh angkasaawan negara ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments