Mungkin ramai yang sedia maklum dan telah menyaksikan sejak bulan lepas berbagai kontroversi yang melanda penyanyi lelaki yang terkenal ini, Shahir Zawawi apabila dia telah dikaitkan mempunyai hubungan yang istimewa dengan seorang pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamimi.
Walau bagaimanapun, kes tersebut telah diselesaikan selepas penyanyi yang tersohor dengan lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ itu telah membidas segala kenyataan yang ditujukan kepadanya bahawa hubungannya dengan wanita tersebut adalah sekadar artis dan peminat sahaja sambil turut menyatakan hasratnya untuk menyunting Erra Fazira pada awal tahun depan.

Baru sahaja isu berkenaan kelihatan reda dan senyap, Shahir sekali lagi telah menarik perhatian netizen dan media selepas beberapa individu tampil mendakwa bahawa belia telah menipu dan tidak melunaskan hutang yang dihutangnya. Adakah dakwaan ini betul? Ianya menjadi tanda tanya peminatnya yang ingin tahu dengan lebih lagi tentang ini.
Melalui satu perkongsian seorang wanita dari Facebook iaitu Raudhatul Ain Rosni, dia mendakwa bahawa telah banyak bersabar selama ini aiitu dua tahun untuk penyanyi berkenaan bagi melangsaikan hutang yang tertunggak.
Namun, menurut beliau lagi, selepas menunggu dalam tempoh yang agak lama, Shahir dikatakan masih lagi belum dapat membuat pembayaran biarpun dikatakan telah membaut perjanjian bagi melunaskan hutangnya selepas berakhirnya konsert Akademi Fantasia (AF) Mega Star.
Dek kerana berang dengan situasi tersebut, wanita tersebut telah melepaskan geramnya terhadap Shahir di laman Facebook dengan memuat naik gambar bukti perbualan ketika berbual dengan penyanyi tersebut melalui aplikasi Whatsapp.
Lebih mengejutkan, pendedahan tersebut telah membawa satu lagi individu yang dikenali sebagai Azim Azizan, yang turut mendakwa Shahir turut gagal melangsaikan hutang sewa kereta miliknya yang berjumlah RM24,000 biarpun telah membuat perjanjian akan membayarnya.
Kerana tidak mahu lagi berdiam diri, Azim turut memuat naik salinan perbualan Whatsapp antara dia dan Shahir di Facebook untuk membuktikan dakwaannya adalah benar. Berikutnya adalah bukti perbualan tersebut.
Loading…