in

Selama Bekerja Belum Pernah Bagi Duit Bonus Pada Mak, Pertama Kali Beri, Pemandu Bas Ini Alami Kejadian Aneh Yang Mengejutkan

Dalam sesetiap pekerjaan yang dilakukan oleh semua pekerja, perkara yang paling menyeronokkan apabila ketika waktu gaji dan lebih mengembirakan majikan memberikan bonus dengan jumlah yang begitu banyak.

Begitu juga yang berlaku kepada seorang pemandu bas ini di mana dia sangat seronok selepas majikannya memberikan bonus kepadanya sebanyak tiga bulan gaji.

Niat di hatinya selepas mendapat rezeki terpijak tersebut dia ingin membetulkan rumahnya yang kelihatan rosak teruk. Tetapi, ibunya pula datang kepadanya dan memaklumkan bahawa ingin menggunakan sejumlah duit.

Dia menjadi serba salah sama ada ingin diberikan kepada ibunya atau tidak memandangkan dia juga memerlukan duit tersebut. Walau bagaimanapun, dia akhirnya akur kerana sebagai anak dia perlu menggembirakan ibunya dengan memberikan duit tersebut walaupun kepalanya berserabut.

Menurut penulis Mohamed Feroz Zaini, selepas pemandu bas tersebut menyerahkan duit itu kepada ibunya, dia telah mengalami kejadian aneh dalam hidupnya. Ikuti perkongsian beliau yang akan membuatkan sesiapa sahaja akan lebih memahami konsep keberkatan rezeki kita itu, salah satu darinya adalah redha ibu sendiri.

Duit Untuk Ibu

Gambar Hiasan

“Polis tu tepis!” bersungguh dia (pemandu bas itu) bercerita.

Berapa sangat gaji pemandu bas. Kalau rajin, kejar trip, insyaAllah, bolehlah balik kampung kerap sikit.

Begitulah luahan pemandu bas ekspress sepanjang perjalanan, berkongsi kisah suka dan duka.

“Prinsip hidup saya, dapat gaji, mesti bagi pada mak dulu. InsyaAllah, hidup kita berkat.” sambil dia menukar gear. Serentak dia memandang cermin sisi, kiri dan kanan.

Selama dia bekerja sebagai pemandu bas ekspress. Dia tidak pernah memberikan duit bonus kepada ibunya.

“Sekali tu, syarikat bagi bonus 3 bulan gaji. Waktu itu memang saya hendak pakai sangat duit. Kalau awak masih ingat kejadian ribut melanda Kedah, rumah saya separuh rosak.”

Saya hanya mengangguk, sejujurnya saya hanya ingat sedikit sahaja kisah itu.

“Waktu itu juga mak saya tanya kalau saya ada duit sikit, dia nak pergi ke Siam, nak ziarah saudara mara yang dah berpuluh tahun tak tengok.”

“Saya memang serba salah, nak bagi duit bonus kat mak atau nak repair rumah.”

Bila dibuat perbincangan. Isterinya menasihati agar duit itu diberikan kepada ibunya.

Kejadian Aneh Berlaku Selepas Balik Dari Singapura

Gambar Hiasan

Sewaktu sedang bekerja beberapa hari selepas itu. Fikirannya agak berserabut dari mana nak cari wang untuk membaiki rumah.

Satu pagi, sebaik dia menghabiskan kerja, sekembalinya dari Singapura.

Taukehnya memanggil. Bertanyakan samada dia boleh bawa bas persiaran. Kerana dia memang ada pengalaman membawa bas persiaran di Singapura. Dan beliau dipinjamkan ke sebuah syarikat lain.

Sedang beliau memandu bas persiaran dalam Singapura. Dengan secara tidak sengaja, beliau tertekan pedal minyak, kakinya macam tegang, sedangkan waktu itu lampu merah.

“Sekelip mata, banyak kereta yang berhenti. Polis trafik terus menahan saya. Apa alasan saya nak bagi… memang confirm kena saman.”

Saya memandang wajah pemandu dengan rasa simpati.

“Tetapi … kuasa ALLAH. Sebaik saya buka pintu bas, saya tak tahu dari mana datangnya 2 ekor tebuan, terbang keluar dari tempat duduk saya. Polis itu pun terkejut dan cuba mengelak.”

“Bila tebuan itu terbang, Polis itu hanya mampu menggelengkan kepala.”

“Are you ok Sir!” tanya Pegawai Polis itu dengan wajah serius.

Mereka menyangka yang tebuan itu masuk ke dalam bas dan mengganggu kami. Pegawai Polis itu terus melepaskan saya tanpa berkata apa-apa.

Gambar Hiasan

“Saya punya rasa lega yang teramat sangat, kalau kena saman… entahlah.” Rupanya rezeki pemandu itu masih belum mengalir.

Sebaik sahaja beliau menamatkan tugasan. Ramai pelancong yang gembira dan memberikan wang tips.

“Ada yang bagi dollar Singapore, US dollar. Balik saya kira, bukan setakat boleh repair rumah, saya boleh beli basikal untuk anak saya ke sekolah!”

“ALLAHU AKBAR!” lafaznya berkali-kali.

PS: Abang Long. Sudah berpuluh tahun tak dapat bonus.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments