in

Duit Hilang Dalam Akaun Maybank RM1800 Dalam Masa 5 Minit Sahaja

Duit hilang dalam akaun bank

Kita kerapkali mendengar ramai yang menghadapi masalah dengan kes duit hilang dalam akaun bank bernilai ratusan dan ribuan ringgit. Kes sebegini bukanlah satu perkara yang baru tetapi jika kelalaian itu dari diri kita sendiri, bagaimana?

Kes hilang duit yang terbaru membabitkan seorang pengguna akaun Maybank yang mana beliau mendakwa telah kehilangan sejumlah wang sebanyak RM1800 yang hilang dari akaun simpanan bank hanya dalam jangka masa selama 5 minit sahaja dan ini boleh dikatakan bukanlah kecuaian dirinya.

Pemegang akaun bank tersebut yang dikenali sebagai Yatie Ahmad menyatakan beliau mendapat mesej daripada bank yang memaklumkan padanya bahawa duit simpanan miliknya telah dipotong untuk satu pembayaran perkhidmatan penghantaran makanan yang bertempat di Singapura.

Ekoran terkejut dengan berita tersebut beliau dengan segera memindahkan semua wang simpanan miliknya dari akaun Maybank kepada sebuah akaun bank yang lain sebagai langkah berhati-hati dan bimbang ia akan dipotong dengan lebih banyak lagi.

kes kehilangan wang dalam akaun bank

Menurut Yatie, dia tidak pernah sekalipun membuat sebarang pembayaran atau urusan dengan syarikat berkenaan dan lebih mengejutkan lagi mana mungkin dia ingin menempah sebarang perkhidmatan penghantaran makanan dari jiran itu.

Kemudiannya beliau dengan segera memaklumkan kepada pihak Maybank tentang kejadian tersebut dan pihak bank turut meminta mangsa menunggu dalam jangka masa selama 45 hari sementara mereka akan membuat siasatan terperinci berhubung dengan kes itu.

Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Sebelum ini kecoh tentang bank CIMB dan hari ini ia terkena pada diri saya sendiri. Duit lesap dalam account Maybank tak sampai 5 minit RM1800 lesap dari akaun. Nasib baik telefon ada di tangan dapat mesej terus saya transfer semua duit itu ke dalam akaun bank lain.

Itu pun mereka sempat rembat RM1800 hanya dalam jangka masa 5 minit. Cepat sungguh mereka buat kerja. Saya tak pernah berurusan dengan company tersebut. Dah la dari Singapore iaitu Deliveroo.com sebuah company yang menjalankan perkhidmatan Food Delivery.

cara dapatkan duit hilang dari bank

Apakah cara dapat duit hilang dari bank? Apa yang patut kita lakukan? Apakah punca kes kehilangan wang simpanan ini? Hubungi segera pihak bank seperti yang dibuat oleh Yatie Ahmad.

Saya terus saja menghubungi Hotline Maybank dan pihak Maybank dengan segera membatalkan debit card saya tapi yang tak seronoknya duit RM1800 yang hilang itu pihak Maybank tidak memberikan sebarang jaminan untuk mendapatkannya semula.

Pihak bank memaklumkan bahawa transaksi tersebut dibuat dari luar negara iaitu di Singapura. Jadi, masa untuk membuat siasatan yang perlu diambil adalah selama 45 hari. Pihak Maybank juga akan meminta pihak merchant di sana membuktikan transaksi itu daripada siapa dan meminta duit tersebut dikembalikan semula.

Walau bagaimanapun, sekiranya scammer tersebut mempunyai nombor kad debit card kita malahan segala detail kita mereka ada, mereka memang tidak akan mengembalikan semula semua duit tersebut. Mudah saja kan jawapan daripada mereka? Kalau dah scammer, of course la mereka ada details mangsanya.

Apabila saya Google mencari maklumat tentang merchant yang buat Food Delivery ini, haish! Takkanlah nak order food dari Singapore kot? Gila ke? Tapi macam sejenis scammer pun ya juga.

Di Facebook dan di web ramai orang maki dan komplen. Tapi masih lagi boleh beroperasi. Macam mana perkara seperti ini boleh terlepas pandang? Semakin canggih teknologi dan sistem sekarang, semakin miskinlah kita dibuatnya.

kes duit hilang dalam akaun Maybank

Nasib baiklah telefon memang ada di tangan saya, buatnya mereka buat kerja tengah malam waktu kita semua tidur memang habis licinlah duit dalam akaun bank kita. Sekarang ni, dah tak selamat nak simpan duit kat mana pun. Jadi, apa yang patut kita buat? Simpan duit bawah tanah macam zaman P. Ramlee ke?

Pihak bank kalau nak kan duit kita laju saja. Kalau perkara macam ni, lantaklah kat customer kan? Bukan duit mereka yang hilang.

Tujuan saya kongsi perkara ini, saya nak share dengan kawan-kawan apa yang telah terjadi pada saya, perkara ini baru saja berlaku. Jadi, buatlah sesuatu sebelum duit anda semua pun hilang jugak.

Transfer semua duit ke akaun lain atau debit card limit ditukar saja menjadi RM0.00. Walaupun amount RM1800 itu tak banyak bagi sesetengah orang tapi bukan senang nak cari duit banyak tu pada zaman sekarang.

Maybank tolonglah bertanggunjawab dan buat sesuatu. Jangan lepas tangan saja. “Kalau dah hilang tu, hilanglah, nak buat macam mana,” senang saja kan?

Satu lagi soalan saya, macam mana semudah itu orang boleh hack akaun kami? Macam mana boleh ada ketirisan maklumat sampai orang boleh dapat maklumat kad debit kan? Kononnya sistem Maybank selamat dan canggih sangat. Kalau canggih sampai papa kedana dibuatnya, baiklah patah balik ke zaman purba kala semula. Sekian.

Semoga perkongsian daripada Yatie Ahmad ini menjadi pengajaran kepada semua pemegang akaun simpanan bank agar sentiasa terus berhati-hati supaya kes duit hilang dalam akaun bank seperti ini tidak berlaku lagi kepada diri kita, keluarga dan juga sesiapa saja.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments