in

Peniaga Nasi Lemak Temui Duit Palsu RM20 Ketika Menjual di Gerai

Sindiket duit palsu RM20

Apakah yang akan anda lakukan sekiranya semasa membuat pembelian dengan menggunakan duit anda sendiri di mana-mana kedai atau pasar raya tetapi secara tiba-tiba penjual mengatakan wang itu adalah wang palsu dan dia tidak dapat menerimanya. Anda pasti jadi lebih panik apabila hanya itu duit yang anda ada.

Situasi begini pernah berlaku apabila duit palsu telah digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan membuat pembelian manakala orang lain pula yang mengalami kerugian dan menjadi mangsa.

Sindiket duit palsu bukan perkara baru dan perkara ini seolah berterusan tanpa berpenghujung memandangkan kes yang membabit wang palsu sering disebarkan di berita TV, akhbar dan media sosial.

Beli Nasi Lemak Dengan Duit Palsu RM20

Ringgit Malaysia 20

Kes terbaru yang dialami oleh seorang peniaga nasi lemak telah mendapat perhatian netizen apabila gambar duit palsu yang dimuatnaik di laman Facebook itu kelihatan hampir sama secara 100 peratus dan keadaan ini menyebabkan ramai orang tertipu.

Menurut perkongsian Azlong Hafiz, pembantu peniaga nasi lemak ibunya telah menyedari bahawa duit yang didapati dari penjualan nasi lemak adalah wang palsu kerana ketebalan duit tersebut amat meragukan walaupun hampir sama.

Menurut lelaki ini, wang not RM20 itu boleh dikesan sama ada tiruan atau tidak kerana ia lebih licin dan mempunyai ketebalan kertas yang berbeza daripada wang asli.

sindiket wang tiruan

RM20 bukan original tapi dicetak

Menurut beliau lagi, sindiket duit palsu RM20 ini semakin berleluasa di kawasan sekitar Bandar Baru Ampang manakala suspek dikatakan menjadikan peniaga-peniaga nasi lemak di tepi jalan sebagai sasaran mereka.

Difahamkan, pembantu peniaga nasi lemak tersebut menyedari duit palsu RM20 itu selepas diterima daripada seorang lelaki berbangsa India yang datang ke gerainya untuk membeli nasi lemak yang dijual.

Ekoran tidak berpuas hati kerana wang palsu itu kelihatan sedikit berbeza dan rasa ingin tahu, Azlong Hafiz mengoyakkan sedikit RM20 tersebut kerana ingin membandingkan wang yang asli.

wang tiruan

kes wang palsu

apa nak buat kalau dapat duit palsu

Walau bagaimanapun, selepas duit itu dikoyakkan, terbukti duit tersebut adalah duit tiruan yang telah dicetak dan disebarkan oleh kumpulan atau individu yang tidak bertanggungjawab dengan membeli nasi lemak di gerai milik ibunya.

Menurut Azlong, pekerja ibunya menyatakan dia telah menerima RM20 duit palsu itu daripada dua individu yang berlainan orang. Berkemungkinan mereka mengenali antara satu sama lain tetapi datang ke gerai itu pada masa yang berlainan.

Baca : Duit Hilang Dalam Akaun Maybank RM1800 Dalam Masa 5 Minit Sahaja

Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan status milik Azlong Hafiz ini turut menggesanya agar melaporkan kes ini kepada pihak polis dengan segera agar tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak berkuasa.

Sindiket duit palsu semakin berleluasa sekiranya orang awam tidak mengambil sebarang tindakan seperti melaporkan kepada pihak polis. Orang ramai diminta berhati-hati dengan penerimaan duit agar tidak mengalami kerugian sekiranya menjumpai duit tiruan atau yang palsu.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments