in

Elaine Lye Jejaka Sado Dari Ipoh Mengakui Dirinya Tetap Seorang Wanita

Beberapa hari lalu kecoh di media sosial tentang seorang jejaka yang sado iaitu seorang Jurulatih Gimnasium yang berasal dari Ipoh, Perak yang dikatakan sebenarnya adalah seorang wanita.

Selepas beberapa gambar milik Elaine Lye yang berbadan sasa ini tersebar, netizen dikatakan mempertikaikan jantina sebenar jejakan berkenaan yang memiliki wajah maskulin dan dikatakan diminati ramai wanita.

Namun, apa yang mengejutkan, jejaka berkenaan sebenarnya mempunyai naluri seorang wanita dan menurut laporan Astro Awani, El Lye atau nama sebenarnya Elaine Lye dipercayai telah mengambil steroid semenjak tahun 2008 bagi mendapatkan bentuk badan yang sasa serta berotot malah agar mempunyai bulu pada wajah seperti seorang lelaki.

Elaine juga dikatakan menginginkan seorang lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya dia dan bukannya seorang transgender sedangkan dia masih lagi seorang wanita.

Dek kerana ingin mendapatkan tubun badan yang sado yang menjadi idaman dan impiannya, Elaine dikatakan telah kehilangan teman lelakinya yang dikatakan telah tujuh tahun bersama sebagai pasangan kekasih.

Difahamkan, bekas teman lelakinya itu dikatakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Elaine memiliki tubuh yang sasa seperti seorang lelaki.

Elain juga dikatakan terpaksa menggunakan tandas lelaki sekiranya dia ingin melepaskan hajat memandangkan ramai wanita pasti akan terkejut dengan keadaan dirinya yang kelihatan seperti seorang lelaki, malah kaum wanita juga pernah memanggil pengawal keselamatan selepas melihat kelibat Elain di dalam tandas wanita.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0