in

Elak Beli & Guna 7 Produk Kosmetik Tiruan Yang Mengandungi Racun Berjadual – KKM

Produk kosmetik tiruan

PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam menggesa orang ramai agar mengelakkan diri daripada terus membeli serta menggunakan tujuh produk kosmetik yang tersenarai kerana telah dikesan mengandungi racun berjadual yang didapati tidak sesuai untuk digunapakai.

Dalam kenyataan akhbar KPK diterbitkan 26 Mei itu memaklumkan, notifikasi bagi produk-produk terlibat juga telah dibatalkan berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk kosmetik berkenaan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone dan tretinoin boleh menyebabkan kemerahan, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan dari pengguna hyroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif terhadap cahaya matahari.

“Produk komestik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

“Selain itu ia boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” kata kenyataan itu.

Justeru, KKM memberikan amaran kepada penjual dan pengedar produk-produk kosmetik untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk yang tersenarai serta-merta.

Produk Kosmetik Tiruan

Kosmetik tiruan

produk kosmetik

produk kosmetik beracun

kosmetik tiruan

Produk kosmetik tiruan pembunuh senyap

produk kosmetik tiruan

Bahaya merkuri dalam kosmetik

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

BACA : 40 Senarai Kopi BERACUN Di Sahkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Sehubungan itu, KKM menasihatkan orang awam yang masih menggunakan produk itu berhenti segera dan dapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh menghubungi talian 03-78835400.

Bagaimana untuk mengetahui atau cara mengenali produk kosmetik berbahaya iaitu tiruan yang akan memudaratkan pengguna?

1. Perkara yang pertama harus diingatkan untuk mengelakkan dari ditipu adalah membeli produk kecantikan atau kosmetik di kedai atau di premis yang yang disenaraikan atau disahkan oleh kerajaan Malaysia. Anda perlu mengambil tahu seperti membuat kajian seperti mengunjungi ke laman web pengeluar produk tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang produk yang akan dibeli itu.

2. Biasanya, produk asli atau original mempunyai nombor siri yang tertera di di bahagian kotak atau bungkusan produk berkenaan dan ia turut dicatatkan dalam beberapa bahasa lain sebagai penerangan pada pembeli.

3. Jalan yang terbaik adalah dengan mencuba terlebih dahulu sesuatu produk penjagaan kulit atau kecantikan badan yang ingin dibeli itu. Anda harus meneliti dan melihat sendiri produk tersebut, kualiti produk harus dititikberatkan bukannya membeli begitu sahaja tanpa sebarang pertanyaan atau percubaan.

Tips Mengesan Produk Kosmetik Mengandungi Merkuri

Berikutnya adalah perkongsian dari seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Zubaidi Hj Ahmad yang berkongsi cara untuk mengenalpasti produk kecantikan yang mempunyai racun merkuri yang berbahaya.

Menurut doktor berkenaan, kesan produk yang mengandungi merkuri itu menjadikan seseorang pesakit itu menjadi lemah selain kerosakan kulit akibat keracunan merkuri. Sebenarnya, terlalu banyak kesan yang disenaraikan seperti emosi terganggu, pening, kerosakan saraf dan sebagainya dalam jangka masa panjang.

  • Sapukan krim berkenaan pada tapak tangan.
  • Sapukan krim berkenaan pada cincin emas atau barang kemas kita yang diperbuat daripada emas (pastikan emas tulen ya) Untuk kaedah ini tukarkan sikit caranya iaitu gosokkan cincin emas ke atas krim di tapak tangan saya.
  • Jika produk/krim itu mengandungi merkuri, krim itu akan bertukar menjadi warna kelabu, semakin gelap warna kelabu bermakna semakin tinggi kandungan merkuri di dalamnya.

Anda diminta berhati-hati ketika membuat pembelian sebarang produk kosmetik, jangan kerana keinginan yang tinggi untuk tampil cantik menawan, akhirnya merosak diri sendiri.

Sumber: The Reporter

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments