in

ENAM Amalan Pagi Hari yang Membuat Hidup Lebih Berkah

amalan pagi hari

TIDUR pada waktu pagi memang sangat mengasyikkan, terutamanya pada mereka yang tidak boleh mengelakkannya. Apabila tibanya waktu Subuh, kepala terasa berat dan hati pula seperti mendesak supaya badan segera rebah dengan secepat mungkin dan mata pula terus dipejamkan.

Mungkin perlu tidur agar keadaan tubuh mendapat rehat yang cukup dan bangunlah apabila telah sampai waktunya. Tetapi, jika terus lena dan hanyut dengan tidurmu, maka betapa ruginya.

doa pagi hari dalam alquran

Sedangkan Rasulullah SAW pada setiap pagi memanjatkan doa untuk umatnya.

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا “Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi hari mereka.” (HR. Tirmidzi).

Ertinya, pagi bukan waktu untuk berlengah-lengah, apatah lagi untuk terus berdengkur. Oleh sebab itu, mesti ada niat dan ikhtiar yang kuat dalam diri agar kita tidak termasuk dalam golongan umat Islam yang kehilangan berkah, justeru di awal suatu hari bermula.

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Rasulullah menjelaskan, barangsiapa yang tidak bangun di pagi hari,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ : { يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ ثَلَاثَ عُقَدٍ إِذَا نَامَ بِكُلِّ عُقْدَةٍ يَضْرِبُ عَلَيْكَ لَيْلًا طَوِيلًا فَإِذَا اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ وَإِذَا تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عَنْهُ عُقْدَتَانِ فَإِذَا صَلَّى انْحَلَّتْ الْعُقَدُ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَ إِلَّا أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلَانَ}.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ’anhu bahawa Nabi SAW bersabda: “Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang dari kalian saat tidur dengan tiga ikatan ia akan membisikkan kepadamu bahawa malam masih panjang, jika ia terbangun lalu berzikir pada Allah lepaslah satu ikatan, jika ia berwudhu maka lepaslah dua ikatan, dan jika ia melanjutkan dengan solat, maka lepaslah seluruh ikatan itu, sehingga pada pagi harinya ia mulai dengan penuh bersemangat dan jiwanya pun sihat, namun jika tidak, maka dia akan memasuki waktu pagi dengan jiwa yang keji dan penuh kemalasan.” [HR Bukhari]

Pertama, berzikir

bacaan al quran di pagi hari

Zikir pagi adalah amalan yang patut digalakkan. Kerana selain membuat lebih bersemangat di pagi hari juga berdampak dimudahkan segala urusan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

Zikir pagi dibaca saat masuk waktu Subuh hingga matahari terbit. Namun boleh juga dibaca sampai matahari akan ke barat. Soal bacaan wirid, ada bermacam-macam pilihan.

Masalah zikir pagi ini, Allah ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا * وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.” [QS. Al-Ahzaab : 41-42].

Dari Anas Ibnu Mali, Rasulullah bersabda;

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” لَأَنْ أَقْعُدَ مَعَ قَوْمٍ يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَعَالَى مِنْ صَلَاةِ الْغَدَاةِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتِقَ أَرْبَعَةً مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيل، وَلَأَنْ أَقْعُدَ مَعَ قَوْمٍ يَذْكُرُونَ اللَّهَ مِنْ صَلَاةِ الْعَصْرِ إِلَى أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ أَحَبُّ إِلَيَّ مَنْ أَنْ أَعْتِقَ أَرْبَعَةً ”

“Telah bersabda Rasulullah SAW : “Aku duduk bersama orang-orang yang berzikir kepada Allah ta’ala mulai solat Subuh hingga terbit matahari lebih aku senangi daripada memerdekakan empat orang budak dari anak Ismaa’iil. Dan aku duduk bersama orang-orang yang berzikir kepada Allah mulai solat Asar hingga tenggelam matahari lebih aku senangi daripada memerdekakan empat orang budak.” [HR: Abu Daawud, Al-Baihaqiy]

Kedua, membaca Al-Qur’an

surah yang baik dibaca pada pagi hari

Membaca Al-Qur’an, jika niat untuk dibaca dengan penuh penghayatan, renungan dan keikhlasan hati mengikuti dan mengamalkan kandungannya, hal ini akan sangat membantu fokus otak dan hati untuk lebih cepat menyudahi Subuh dengan kebaikan, ilmu dan semangat iman yang lebih hidup.

Lebih-lebih lagi waktu Subuh udara masih bersih, suasana belum bising dan fisik juga masih segar. Tentu hal tersebut akan memudahkan akal, hati dan emosi lebih cepat merasakan getaran, kesan dan semangat dari ayat demi ayat yang dibaca.

Bahkan, para penghafal Qur’an, memanfaatkan waktu emas ini sebagai momentum untuk muroja’ah (mengulang-ulang hafalannya). Andai kata hanya boleh tilawah selembar atau dua lembar, sebagai langkah awal, ini tentu suatu kemajuan yang harus terus dijaga dan ditingkatkan.

Ketiga, mulakan aktiviti

surah yang patut dibaca setiap hari

Rasulullah, tidak menjumpai pagi melainkan bergegas dalam beraktiviti.

Seperti yang Allah firmankan;

وَإِذْ غَدَوْتَ مِنْ أَهْلِكَ تُبَوِّئُ الْمُؤْمِنِينَ مَقَاعِدَ لِلْقِتَالِ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Dan (ingatlah), ketika kamu berangkat pada pagi hari dari (rumah) keluargamu akan menempatkan para mukmin pada beberapa tempat untuk berperang.” (QS. Ali Imron [3]: 121).

Jadi, tidak salah jika bangsa Arab mengenal petua, “Waktu adalah pedang.” Kemudian dalam bahasa kita dikenal, “Siapa cepat dia dapat.” Dengan kata lain, siapa bergegas dalam beraktiviti insya Allah dia akan berjaya. “Man jadda wajada” (Siapa bersungguh-sungguh dia dapat).

Dengan demikian, selesai solat Subuh, selesai mengaji, jangan rebahkan badan. Tapi bangun dan bergeraklah melakukan aktiviti mulia lainnya. Seperti menyapu rumah, mencuci pinggan, atau apa pun yang pada dasarnya tubuh akan bergerak sehingga lepas dari mengantuk mata yang memaksa diri terus hanyut.

Keempat, segerakan mandi

surah yang elok dibaca waktu pagi

Kebaikan, dalam Islam hukumnya mesti disegerakan, demikian pula halnya dengan mandi di pagi hari, segerakan mandi pagi jelas tidak merugikan.

Selain akan memberikan kesegaran pada diri, waktu untuk melakukan persiapan sebelum menjalani rutin harian di luar rumah, boleh dilakukan lebih awal, sehingga mencegah adanya barang tertinggal atau urusan yang terbantut, termasuk terhindar dari terburu-buru. Dengan begitu, insya Allah, semua urusan akan berjalan mengikut apa yang dirancangkan.

Kemudian, dalam kajian perubatan, mandi pagi memberikan banyak kbaikan. Melancarkan perjalanan darah, meningkatnya produksi sel darah putih, mengurangkan risiko darah tinggi, serta meningkatkan kesuburan.

Kelima, beramal

surat yang disunnahkan dibaca setiap hari

Diriwayatkan sahabat Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ

“Sesungguhnya agama itu mudah. Tidak ada seorang pun yang membebani dirinya di luar kemampuannya kecuali dia akan dikalahkan. Hendaklah kalian melakukan amal dengan sempurna (tanpa berlebihan dan menganggap remeh). Jika tidak mampu berbuat yang sempurna (ideal) maka lakukanlah yang mendekatinya. Perhatikanlah ada pahala di balik amal yang selalu berterusan . Lakukanlah ibadah (secara berterusan) di waktu pagi dan waktu setelah matahari tergelincir serta beberapa waktu di akhir malam.” [HR. Bukhari no. 39]

Keenam, Solat Dhuha

surah dibaca waktu pagi

Solat Dhuha merupakan sunnah mu’akkadah, terbukti telah dilakukan oleh Nabi SAW, sebagaimana diriwayatkan Muslim, dari hadits Aisyah radhiallahu anha, dia berkata;

( كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الضُّحَى أَرْبَعًا ، وَيَزِيدُ مَا شَاءَ اللَّهُ )

“Rasulullah SAW solat Dhuha sebanyak empat (rakaat), terkadang beliau menambah mengikut keinginannya.”

Dari Abu Dzar, Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda,

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى

“Pada pagi hari diharuskan bagi seluruh di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih (subhanallah) boleh jadi sebagai sedekah, setiap bacaan tahmid (alhamdulillah) boleh sebagai sedekah, setiap bacaan tahlil (laa ilaha illallah) boleh sebagai sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu akbar) juga boleh sebagai sedekah. Begitu pula amar ma’ruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua boleh dicukupkan (diganti) dengan melaksanakan solat Dhuha sebanyak 2 raka’at.” [HR Muslim]

Adalah Ibnul Qayyim Dalam Kitab Zaadul Ma’ad, (4/378) pernah berkata tentang empat hal yang akan menyebabkan tidak datangnya rezeki;

“Empat hal yang menyebabkan tidak datangnya rezeki: tidur di waktu pagi, solat sedikit, bermalas-malasan dan khianat.”

Semoga empat hal yang dimaksud Ibnu Qayyim tidak termasuk dalam diri kita semua. Selamat menjemput berkah di pagi hari.

Semoga perkongsian Amalan Pagi Hari ini bemanfaat kepada semua.

Sumber: Hidayatullah

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0