in

Kelebihan dan Fadhilat Membaca Surah Yasin Setiap Pagi (Yassin)

kelebihan membaca surah yassin setiap pagi

Surah Yassin (سورة يس) adalah surah yang ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Ia inamakan Yasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya-sin.

Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yasin yang terdapat pada permulaan ayat surah yassin ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain:

Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Mengikut sebuah hadis, Surah Yasin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya di kehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

Kelebihan dan Fadhilat Membaca Surah Yasin Setiap Pagi

fadhilat amalan surah yasin
Terlalu banyak kelebihan surah yassin yang boleh kita amalkan.

Surah Yaasin ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Seelok-eloknya baca Surah Yassin selepas solat Dhuha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki berlimpah luah.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yasin , ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Berikut adalah kelebihan-kelebihan surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya: Rasulullah SAW bersabda;

1. Sesiapa yang membaca Surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.

3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

4. Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.

5. Jika seseorang itu membaca Surah Yasin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

6. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.

7. Jikalau seseorang itu membaca Surah Yasin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.

8. Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.

Jika anda memerlukan surah Yasin full dalam bentuk PDF file anda boleh muat turun surah ini di sini yang disimpan di laman Google Drive dari laman Islamik iaitu ilmualam.com.  Sila klik download untuk anda muat turun surah ini dengan keseluruhan ayat.

Anda juga boleh download bacaan Surah Yasin dalam bentuk audio Mp3 yang dikongsikan di sini untuk memudahkan anda mendengar bacaan ayat suci Al-Quran ini dengan lebih jelas lagi. Sila muat turun dari laman Google Drive.

Baca: Rahsia Surat Yasin Ayat Ke-58

Semoga perkongsian fadhilat dan kelebihan amalan atau membaca surah Yasin pada setiap pagi ini akan membantu anda serta dapat menguatkan semangat anda dengan lebih lagi untuk mengamalkan bacaan surah hebat ini dengan lebih kerap lagi. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0