in ,

Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah Dedah Kebaikan Adibah Noor Yang Wajar Dicontohi

Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah Dedah Kebaikan Adibah Noor Yang Wajar Dicontohi

Gambar: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Pakar motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mendedahkan kebaikan Adibah Noor yang patut dicontohi oleh umum.
Pada 18 Jun lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian permata seni tanah air negara iaitu, Adibah Noor Binti Mohamed Omar yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara.

Berita itu telah menarik perhatian pelbagai media, rakan-rakan selebriti, peminat, orang awam dan sebagainya termasukah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah sendiri.

Baru-baru ini, beliau telah membuat beberapa coretan mengenai amalan yang ada pada arwah yang patut dicontohi oleh orang awam di laman Facebook miliknya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini, mari kita ikuti ilmu yang dikongsikan oleh penceramah hebat ini di laman platform media sosialnya.

7 kebaikan Allahyarhamah Adibah Noor yang wajar kita semua contohi:

1. Bersifat pemurah. Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.

2. Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti.

3. Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan English yang ada sleng memukau.

4. Berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada audience.

5. Menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan. Beliau selalu retweet dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan.

Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas.

6. Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.

7. Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya.

Hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui buat tanahair kita di Malaysia. Semoga kebaikannya terus mengalir dan menginspirasi kita semua ya.

Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya.

Sumber: Facebook Dato’ Dr Haji Mohd Fazilah Kamsah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0