in

19 Fakta Menarik Orang Tangan Kidal Banyak Kelebihan dan IQ Tinggi

kelebihan tangan kidal

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa banyak kelebihan yang dimiliki oleh mereka yang tangan kidal iaitu menulis dengan tangan kiri atau lebih tepat lagi bertangan kidal. Salah satu daripada kelebihan tersebut adalah sangat bijak dan memiliki IQ yang sangat tinggi berbeza dari orang lain.

Kebanyakan daripada sejak kecil apabila melakukan apa saja aktiviti akan dimulakan dengan tangan kanan. Kanak-kanak pula secara automatik akan menggunakan tangan kanan untuk mencapai sesuatu begitu juga bayi atau anak kecil yang tangan kidal tapi amat jarang berlaku.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tetap ada mereka yang menggunakan tangan kidal sejak dari lahir. Ini kerana mereka dapat merasakan yang tangan kiri adalah lebih kuat daripada tangan kanan. Disebabkan itu mereka lebih selesa dengan tangan kiri.

fakta menarik tentang orang tangan kidal

Sejak dari dulu, pasti ada ramai ibu bapa yang rungsing apabila anak mereka kidal dan sering mendahulukan tangan kiri termasuk untuk makan dan sebagainya. Memandangkan Islam amat mementingkan tangan kanan dalam berbagai hal, inilah punca kerisauan ibu bapa.

Namun begitu, walaupun anak anda tangan kidal, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana mereka masih boleh diajar untuk menggunakan tangan kanan dalam keadaan tertentu seperti makan dan lain-lain.

Selain itu, ibu bapa juga wajib tahu beberapa fakta menarik tangan kidal yang dikongsikan supaya kerisauan ibu bapa itu akan hilang selepas mengetahui tentang keistimewaan dan kelebihan bertangan kidal.

Fakta Menarik Tangan Kidal

Berikutnya adalah fakta orang kidal yang didapati selepas kajian dilakukan terhadap mereka yang bertangan kidal. Sila semak, mungkin ada di antara anda atau anak-anak anda memiliki ciri-ciri seperti ini yang membuktikan bahawa orang tangan kidal itu lebih bijak dan genius atau kreatif.

kelebihan orang menulis otak kiri

1. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, logik, matematik dan sains.

2. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Fakta Ringkas:

1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibu bapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendifinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenal pasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

5. Perlu tahu lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

6. Orang kidal kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah di sebelah kanan.

7. Orang Kidal lebih cepat marah. Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, ini salah satu punca mereka sering bad mood.

8. Untungnya orang kidal terbukti jauh lebih cerdas dan bijak daripada yang bertangan kanan. Menurut kajian dari St. Lawrence University, kebanyakkan orang kidal memiliki IQ lebih dari 140. Buktinya, Da Vinci, Michelangelo, Einstein, dan Newton adalah orang-orang kidal.

9. Dari segi kesihatan, orang kidal lebih cenderung mempunyai alahan, mudah mendapat migrain serta lebih cenderung menjadi penderita insomnia.

10. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal manakala 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.

11. Antara personaliti terkenal yang kidal adalah Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Bill Clinton , Ronald Reagan ,Jimi Hendrix, Angelina Jolie, Tom Cruise, Park Shin Hye, Kim So Hyun, Justin Bieber dan ramai lagi. – MW

Antara Fakta Menarik Tentang Kidal

Memetik laporan Harian Metro tentang orang kidal, otak besar manusia terdapat dua bahagian iaitu otak kiri dan kanan. Otak di bahagian kanan berfungsi untuk mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri untuk bahagian kanan badan.

Walau bagaimanapun, bagi orang kidal, fungsi otak di sebelah kanan dikatakan lebih berkembang dengan baik serta lebih dominan berbanding dengan otak di sebelah kiri yang berperanan mengawal kemampuan bercakap, berbahasa, menulis serta perkara berkait dengan tata bahasa.

apakah kidal keturunan

Berikut beberapa fakta menarik bagi orang yang bertangan kidal yang boleh dijadikan sebagai rujukan berserta panduan untuk semua ibu bapa berkaitan dengan kidal.

12. Anak Mewarisi Kidal Dari Keturunan

Seorang penyelidik pada tahun 2007 telah buat pendedahan tentang penemuan berkaitan dengan anak atau orang yang bertangan kidal. Kajian ini dilakukan kerana ingin mengetahui tentang mereka yang bertangan kidal.

Ia berpunca daripada faktor keturunan dan kesimpulan dibuat berdasarkan kes penghidap disleksia yang mempunyai gen simetri otak. Gen tersebut diturunkan dari bapa tetapi tak bermakna kidal itu disebabkan kerana kelainan simetri otak.

13. Bukan Semua Kidal Itu Semula Jadi

Potensi tangan kidal sememangnya ditunjukkan semenjak anak lahir. Tetapi ada juga kanak-kanak yang bertangan disebabkan kerana faktor kesihatan iaitu tangan kanan tidak berfungsi dengan baik dan itit tangan kanan lemah sehingga terpaksa guna tangan kiri.

14. Anak Tanngan Kidal Lebih Peka

Menurut kajian, pendengaran mereka yang bertangan kidal adalah lebih tajam berbanding mereka yang bertangan kanan serta ia mampu membezakan jenis suara dengan baik. Ia berbeza dengan anak dominan tangan kanan yang lebih dinamik dan mudah berubah sehingga tak sensitif dalam membezakan jenis suara.

15. Tidak Tetap Pendirian

Melalui kajian dan ujian tingkah laku yang telah dibuat di Scotland, didapati orang yang kidal lebih pemalu. Mereka juga dikatakan bimbang sekiranya melakukan kesalahan dan takut menerima sebarang kritikan sehinggakan mudah bersikap ragu-ragu untuk membuat keputusan.

16. Tangan Kidal Sensitif

Orang kidal atau anak yang bertangan kidal mudah berubah mood malahan amat sensitif. Ia kerana segelintir daripada mereka tidak mempunyai keseimbangan dalam memproses emosi mereka di otak kanan dan kiri.

17. Bertangan Kidal Lebih Kreatif

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan terhadap lebih daripada 2000 orang kidal menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada mereka lebih mempunyai bakat dalam bidang seni dan juga artistik.

18. Orang Kidal Lebih Penakut

Menurut Persatuan Psikologi British yang telah membuat kajian serta penelitian terhadap beberapa orang yang bertangan kidal dan mereka yang dominan dengan tangan kanan.

Semua responden tersebut telah diminta untuk satu filem seram. Hasil daripada ujian tersebut, kanak-kanak kidal mengingati setiap sesuatu dengan lebih jelas tentang adegan yang seram dalam filem dan serta cenderung mengalami trauma.

19. Orang Kidal Lebih Pintar dan Bijak

Orang yang bertangan kidal atau anak tangan kidal memilik otak yang lebih berstruktur yang menjadikan kemampuan intelektual mereka lebih tinggi dalam bermacam bidang.

Sebuah organisasi yang mengumpulkan pemilik IQ yang tertinggi di dunia menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 peratus daripada ahlinya adalah mereka yang tangan kidal.

Baca : Hukum Pakai Jam di Tangan Kiri dan Kelebihan Memakai Sebelah Kanan

kelebihan orang kidal
Jadi, kesimpulannya adalah anak yang kidal atau orang yang bertangan kidal mempunyai kelebihan yang boleh dikembangkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, semua ibu bapa atau para guru harus faham serta dapat menerima keunikan yang terdapat di dalam diri setiap anak-anak yang kidal.

Disamping itu, ibu bapa juga boleh membuat perbincangan dengan doktor atau pakar berkaitan dengan cara yang terbaik untuk mendidik atau mengasah bakat mereka serta untuk mengembangkan potensi anak yang kidal berbanding untuk mengubah keunikan yang terdapat dalam diri mereka itu.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0