in

Ibu Terkejut Anak Gadisnya 15 Tahun Lahir Bayi Di Tepi Jalan (VIDEO)

gadis melahirkan anak

Seorang wanita dan juga ibu kepada gadis yang berusia 15 tahun dikatakan tergamam dan terpinga-pinga selepas anak gadisnya itu melahirkan seorang bayi di tepi jalan raya, lapor Daily Mail.

Ibu kepada remaja berkenaan turut tertanya-tanya siapakah lelaki yang bertanggungjawab selepas anak gadisnya itu bersalin di hadapan dirinya sendiri. Remaja terbabit dilaporkan menaiki tren dari Zuzhou ke Taixing bagi melawat ibunya yang ketika itu dalam perjalanan dalam jangka masa tiga jam.

Walau bagaimanapun, selepas baru sahaja berjumpa, ibu remaja berkenaan yang bernama Lin sangat terkejut selepas terlihat pendarahan di bahagian kemaluan remaja berkenaan dan menganggap anaknya itu sedang haid. Beliau kemudiannya membawa anaknya itu menaiki bas untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

beranak tepi jalan
Bayi itu yang sedang dirawat di hospital.

Sebaik saja mereka turun dari bas, remaja terbabit dikatakan mengalam kontraksi dan akhirnya telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan di tepi jalan raya yang sesak dan dipenuhi kenderaan dan orang ramai.

Akibat terkejut dengan insiden berkenaan Lin ingin membawa anaknya itu beredar dari tempat kejadian serta membiarkan sahaja cucunya itu ditinggalkan bersendirian di tepi jalan dengan memberikan alasan bahawa anaknya itu terlalu muda serta tidak mampu untuk menyara bayi berkenaan.

bayi
Lin ketika di lokasi kejadian tempat anaknya melahirkan cucunya.

‘Tidak, tidak, kita tidak boleh membela bayi ini’, jelas Lin, sedangkan ketika itu dia boleh sahaja menghantar cucunya dan anaknya itu ke hospital berdekatan dengan tempat kejadian di mana anak gadisnya melahirkan bayi berkenaan.

Kejadian tersebut telah diketahui oleh beberapa pengawal keselamatan hospital berhampiran dan mereka kemudiannya segera membuat laporan polis serta turut membawa Lin dan anaknya berserta cucunya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak hospital, mereka mendapati bayi berkenaan telah mengalami lebam di bahagian kepala dan sehingga kini ia dirawat oleh doktor yang bertugas. Difahamkan, uri juga masih lagi berada di dalam rahim remaja itu dan dia juga akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan uri tersebut.

Polis juga telah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian serta turut memberi amaran kepada Lin berkaitan dengan perbuatannya itu yang boleh diambil tindakan undang-undang atas tuduhan membuang bayi yang tidak bersalah itu.

Walau bagaimanapun, Lin kemudiannya dapat menerima bayi tersebut sebagai cucunya dan turut menyatakan bahawa akan memberikan kehidupan yang lebih sempurna kepada anak gadisnya serta cucunya.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments