in

Gambar Anggota Polis Wanita Cantik Jadi Tular & Rebutan Ramai Di Media Sosial Gara-Gara Sukan SEA 2017

Ketika temasya Sukan SEA 2017 sedang galak berlangsung di Malaysia, sejumlah anggota pihak berkuasa ditugaskan mengawal keselamatan sepanjang acara berprestij itu berlangsung dan dipercayai 8,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia telah dikerah turun padang sehingga akhir Ogos nanti.

Terkini, heboh di media sosial apabila salah seorang anggota polis wanita dipercayai telah mencuri perhatian ramai selepas beberapa gambar dirinya yang ketika itu sedang menjalankan tugas mengawal keselamatan di Sukan SEA 2017 itu jadi tular dan tersebar sehingga menjadi perbualan ramai lelaki yang memuji kecantikan yang dimilikinya.


Anggota polis terbabit dikenali sebagai Zarith Aqilah yang merupakan salahs eorang anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis Diraja Malaysia. Wow, semua pasti terkejut dengan jawatan wanita cantik ini. Hebat!


Kejelitaan yang dimiliki gadis cantik yang disapa sebagai Zarith ini dipuji netizen dan seolah tidak percaya apabila PDRM memiliki anggota polis wanita seperti itu persis model terkenal.

Apabila gambar miliknya tersebar, dikatakan ribuan komen yang ditulis oleh ramai lelaki yang rata-rata ingin mengenalinya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    Loading…

    0