in

(VIDEO) Viral Gambar Makhluk Aneh Yang Menyerupai Manusia Di Pahang Rupa-Rupanya Palsu

Viral di media sosial tentang kewujudan makhluk aneh yang dikatakan haiwan yang kelihatan seperti manusia yang dijumpai di negeri Pahang selepas beberapa gambar yang tersebar diikuti dengan dakwaan tersebut mengelirukan netizen.

Menurut laporan Berita Harian, polis Pahang telah pun menafikan tentang dakwaan tersebut serta melakukan siasatan dan mendapati ianya palsu dan bukannya berlaku di negeri Pahang seperti yang didakwa oleh netizen baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Abdul Rahman berkata sehingga kini tiada sebarang maklumat yang berkaitan dengan penemuan makhluk aneh seperti yang didakwa netizen di media sosial, malah tiada laporan polis yang diterima berkaitan dengan perkara tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa perkara itu tidak benar serta menafikan berita yang menjadi viral itu.

“Kemungkinan besar gambar itu dimuat turun daripada Internet dan sengaja ditularkan kononnya berlaku di Pahang,” katanya lagi.

Status yang dimuat naik di media sosial itu mendakwa mahkluk aneh itu ditemui di sempadan hutan Pahang dan makhluk tersebut dikatakan masih bernyawa serta ditempatkan di sebuah makmal rahsia di negeri berkenaan.

Selain beberapa gambar yang dimuat turun di internet membabitkan berita palsu berkenaan, sebuah video yang menunjukkan paparan makhluk yang sama juga turut ditemui yang membuktikan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar memandangkan rakaman video tersebut juga menunjukkan makhluk tersebut adalah bahan permainan semata-mata yang dikatakan diperbuat daripada silikon.

Pihak polis meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita dan cerita yang disebarkan tanpa asal usul serta mempunyai bukti yang kukuh. Melalui siasatan dan carian yang dilakukan di internet, gambar serta video berkenaan dikatakan mula dimuat naik dari laman web menjual barangan permainan kanak-kanak di luar negara ianya adalah sebagai pengenalan kepada pembeli yang ingin membuat pembelian atas talian.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments