in

Masuk Hutan Cari Burung Jumpa Gambar Perempuan Dicucuk Jarum

sihir pengasih guna gambar

Pasti ramai yang tahu atau pernah terbaca tentang kisah mistik amalan khurafat, ilmu hitam, sihir, ilmu guna-guna buatan orang yang sering kita dengari sama ada di laman sosial, di televisyen atau di dada akhbar yang mana perkara ini amat sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi.

Sebagai contoh ilmu hitam dan filem yang ditayangkan di dalam drama TV atau filem, ia sebenarnya memang benar-benar berlaku dan menjadi amalan bagi mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan singkat untuk mengenakan orang lain sama ada kerana dengki, iri hati atau tidak puas hati dan sebagainya.

Kisah yang mengaitkan ilmu sihir atau ilmu hitam ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Nur Rahmat Jumrael yang mana rakannya dikatakan telah masuk ke hutan dengan tujuan untuk mencari burung tetapi sebaliknya terjumpa sesuatu yang aneh dan pelik berkaitan dengan amalan khurafat dan syirik.

terkena guna guna ilmu sihir
Baju yang dijumpai mempunyai sekeping gambar seorang perempuan bertudung.

Bismillah,

Allahumma solli ala muhammad.

Pernah dengar pugai? Atau pun buatan orang? Ke pernah dengar guna-guna orang? Atau mungkin sihir?

Mana-mana tempat mungkin benda ini masih wujud termasuk di Sabah. Orang berjaya, kita iri hati dan dengki. Orang tidak terima cinta, kita bomoh kannya.

Kesannya yang kena sihir tu, merana. Sakit, dan boleh bawa maut.

Gambar di bawah dirakamkan oleh kawan Tuan Tony Hma semasa mencari burung di dalam hutan, Karambunai. Agak-agak gambar dicucuk menggunakan jarum dan juga baju wanita ini untuk apa ya?

amalan khirafat ilmu hitam
Gambar seorang perempuan yang dicucuk dengan jarum pada sehelai baju.

P/s: Banyakkan “pendinding” dalam diri.

Nota: Sebelum ini sahabat sejemaah, diceritakan oleh ustaz Mizan, pernah kena sihir semasa menjalankan dakwah di daerah Pitas. Bila berubat jantungnya seperti dicucuk-cucuk oleh benda tajam. Namun, Alhamdulillah ustaz tu berjaya disembuhkan. Ada Amalan yang dipegang sebagai pendinding. Antaranya melazimi Al-Mathurat pagi dan petang.

Sesiapa saja yang mengamalkan perbuatan syirik ini iaitu sihir pengasih guna gambar sesungguhnya sangat berdosa besar selain turut menyekutukan Allah. Mengapa belajar ilmu hitam dan ilmu khurafat ini untuk membinasakan orang lain? Bukankah lebih baik meminta dari Allah daripada membuat dosa besar sebegini.

Siapa pun orang yang berbuat demikian, dia akan menanggung dosa selagi orang yang dia kenakan itu tidak akan memaafkan dirinya. Ditambah lagi dengan dosanya terhadap Allah SWT kerana mengamalkan ilmu hitam dan amalan khurafat ini. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments