in

Gambar Rasmi Pertama Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah

Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Royal Press Office, Johor menyiarkan gambar rasmi pertama Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah yang dijadualkan berkahwin pada 14 Ogos ini.

Gambar yang menunjukkan Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad dalam pakaian tradisi Melayu dan pakaian kasual di Istana Bukit Serene di Johor Bahru itu, diambil pada minggu lalu.

Tunku Aminah
Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad Abdullah.

Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos, diikuti dengan istiadat nikah, manakala upacara bersanding akan diadakan pada jam 8 malam pada hari yang sama di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Tunku Tun Aminah, yang dilahirkan pada 8 April 1986, adalah anakanda kedua daripada enam beradik dan satu-satunya anak perempuan kepada Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Dennis Muhammad Abdullah
Pasangan ini seperti merpati dua sejoli sama cantik dan sama padan.

Bakal suaminya, atau nama asal Dennis Verbaas dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berhampiran Amsterdam, Belanda.

Baca : 10 Perkara Menarik Tentang Tunku Tun Aminah Yang Mungkin Korang Tak Pernah Tahu..

ROYAL Press Office, Johor menyiarkan gambar rasmi pertama Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah. – Foto Royal Press Office Johor

Sumber: Berita Harian

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments