in

(VIDEO) Mengapa Gambar Wajah Dr. M Dipotong Dari Papan Iklan Parlimen Ayer Hitam?

kes gambar dr M

Sehingga kini satu Malaysia heboh dengan bahang pilihan raya yang akan diadakan pada 9 Mei nanti. Semakin dekat tarikh mengundi semakin banyak bendera, sepanduk dan papan iklan yang digantungkan hampir semua di jalan raya dan tempat-tempat tertentu. Wajah calon-calon dari setiap parti yang turut bertanding pasti akan dipaparkan di setiap daerah dan negeri termasuklah satu daerah yang dikenali sebagai Ayer Hitam, Johor.

Walau bagaimanapun, ada satu kelainan yang terdapat di Ayer Hitam apabila salah satu papan iklan yang memaparkan gambar antara calon terlibat kelihatan berlubang dan kosong di tengah-tengah gambar seolah ianya sengaja dibuang dan digunting.

poster dr. mahathir
Gambar Dr. Mahathir yang dipotong. – Facebook Liew Chin Tong

Mengapa agaknya gambar tersebut dibuang begitu sahaja? Menurut laporan Malaysia Kini, gambar yang digunting di tengah-tengah itu adalah gambar bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr. Mahathir.

Gambar papan iklan yang terletak di Jalan Utama 1, Yong Peng, Johor itu menunjukkan gambar antara calon yang akan bertanding iaitu Hew Peck Choo dan Liew Chin Tong manakala di tengah-tengah kedua-duanya adalah gambar Dr. Mahathir yang telah dipotong dan dibuang.

Selepas gambar papan iklan itu diletakkan di kawasan terbabit tidak sampai dalam jangka masa seminit, secara tiba-tiba seorang pegawai penguatkuasa telah datang dan memotong gambar Dr. M daripada papan iklan berkenaan. Difahamkan gambar yang memaparkan wajah Dr. Mahathir itu tidak boleh diletakkan di situ.

gambar dr. mahathir dibuang di parlimen ayer hitam
Keadaan gambar Dr. Mahathir ketika belum dibuang. – Facebook Liew Chin Tong

“Kami dimaklumkan yang papan iklan kami tidak boleh diletak wajah Dr. Mahathir dan pegawai penguatkuasa dah tetapkan untuk kerat muka Dr. Mahathir dari billboard,” jelas Liew.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa sebenarnya pegawai terbabit yang bertindak memotong gambar berkenaan sama ada beliau daripada SPR atau pun ahli majlis tempatan. Namun, sewaktu gambar Dr. M dipotong, kelihatan sebilangan individu yang berada di tempat kejadian kedengaran bersorak seperti seronok.

Baca : Sudahkah anda buat Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 (SPR Online 2018)

Garis Panduan Baru SPR, Hanya Boleh Pamer Gambar Dua Pemimpin Sahaja

Menerusi panduan baru SPR, mereka ada menyatakan bahawa seseorang calon yang bertanding hanya boleh memaparkan gambar dua pemimpin parti politik sahaja iaitu presiden dan timbalan presiden atau mereka yang setaraf pada bahan untuk berkempen selain gambar calon terbabit.

Untuk kedua-dua pemimpin kanan berkenaan pula, mereka mestilah daripada parti yang diwakili oleh calon tersebut dan gambar daripada pemimpin lain adalah dilarang sama sekali.

Berikutnya rakaman video ketika gambar Dr. Mahathir dipotong.

Ekoran dengan insiden berkenaan, Liew turut mempersoalkan tindakan berkenaan serta menganggap perkara itu sebagai sangat mengarut serta langsung tidak masuk akal.

“Mengapa kita tidak boleh letak gambar Dr. Mahathir? Dia adalah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan,” jelas Liew lagi.

Rupa-rupanya disebabkan panduan baru dari SPR gambar Dr. M dipotong secara tiba-tiba? Tapi, nampak peliklah pulak gambar tersebut dilihat kosong di tengah-tengah. Kan lebih elok kalau adanya peraturan baru dan dimaklumkan kepada yang berkenaan lebih awal supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments